Tuesday, September 3, 2013

MILO THAILAND LE PULAK...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebelum ini aku telah dapat mengumpul barangan MILO dari Jepun, Singapura dan United Kingdom, kini aku telah berjaya mendapatkan barangan MILO dari Siam A.K.A Thailand. 

Barangnya merupakan 3 buah beg yang mempunyai gambar gajah yang sedang melakukan aksi beberapa acara sukan. Harganya pula tidaklah mahal manapun, murah-murah saja.

Malas nak cakap banyak, layan saja gambarnya...


Gajah dengan suka angkat berat

Gajah dengan suka bola sepak

Gajah dengan sukan tinju

Monday, September 2, 2013

LAA.... WHATSAPP NAK KENA BAYAR RUPANYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Mungkin aku agak ketinggalan sebab dulu aku pakai telefon cap ayam saja.  Baru empat, lima bulan rasanya aku memakai telefon yang mempunyai teknologi Android. 



Perkenalan aku kepada penggunaan WhatsApp juga boleh dikatakan masih baru. Seronok memakainya. Mana tidaknya, barang percuma. Kalau orang takde kredit janji ada line internet, bolehlah menggunakan WhatsApp untuk menghantar mesej, gambar, mesej bersuara dan sebagainya.

Tadi, semasa aku meneliti bagaimana nak tukar gambar profil WhatsApp, ternampaklah satu link akaun. Klik saja pada link tersebut, ia memberitahu bahawa akaun WhatsApp aku akan tamat tempoh pada 6 May 2014. 

Selepas tarikh tersebut sekiranya nak teruskan WhatsApp pengguna perlu membayar $0.99 sen setahun. Boleh juga terus membayar untuk 3 tahun sebanyak $2.67 atau 5 tahun sebanyak $3.71.

Dulu terfikir juga, bagaimanalah mereka yang membangunkan aplikasi ni boleh 'hidup' tanpa ada bayaran atau iklan. Rupa-rupanya mereka beri 'salam perkenalan' saja dulu. Akhirnya dikenakan bayaran. Namun, bagi aku bayaran yang akan dikenakan agak rendah dan amat berbaloi. 

Huh.. Aku rasa entri yang aku buat ni pun agak terlewat, orang lain dah lama tahu rasanya. Betullah tertinggal bas aku ni.. :)


MILO DARI MANCHESTER


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Alkisahnya anak buah aku Muhammad Nizarruddin Jazi baru pulang dari Manchester United Soccer School yang menerima ganjaran selepas terpilih sebagai 'Ramli' di dalam program Mencari Ramli musim ke-2.

Semasa dia di sana, sempat juga aku memesan pada dia supaya membelikan MILO keluaran United Kingdom. Harapan aku tidaklah setinggi gunung, tetapi harapan aku dimakbulkan apabila dia benar-benar pulang dan membawa buah tangan MILO dari sana untuk aku. Memang gembira tidak terhingga, macam dapat bini baru.. :)

MILO 400 gram dengan harga 4 Pound

Masih ada isi di dalamnya.. Tak pasti mahu minum atau simpan sahaja. Tapi memang ada logo halal.

Penutupnya ada logo Nestle