Thursday, August 22, 2013

APABILA NESCAFE BERTEMU AIS KRIM SODA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kalau tidak silap, pada Hari Raya Aidilfitri 4 tahun yang lepas, aku dan isteri ada pergi beraya ke rumah bos isteri aku. Rumahnya tidak jauhpun dari rumah aku, satu taman perumahan yang sama.

Sebenarnya aku masih terngiang-ngiang dalam fikiran aku perihal keenakan minuman istimewa yang dihidangkan pada ketika itu iaitu air Nescafe yang telah dicampurkan dengan Ais Krim Soda.

Gabungan mantap.. Nescafe + Ais Krim Soda = NesSoda

Aku tak pasti tekak masing-masing tetapi bagi aku, air tu memang sedap. Masih boleh diterima oleh tekak aku. Bayangkan kita sedang minum Sirap Bandung yang dicampurkan dengan Ais Krim Soda, sedap bukan?

Walaupun sudah 4 tahun lalu aku merasa air tersebut, namun baru sekarang aku mahu mencuba untuk membuat sendiri. Ternyata, rasanya menjadi, sepertimana yang aku rasa dahulu. Sudah 2,3 kali juga aku mencubanya, memang sedap. :)

Aku pasti, ramai yang sudah tahu resepi minuman ini. Namun, bagi yang tidak tahu membuatnya, di sini aku mahu kongsikan caranya..

Bahan :

Nescafe
Air Ais Krim Soda
Air Panas
Susu Pekat

Cara membuat :

(1) Masukkan 1/2 sudu serbuk Nescafe ke dalam gelas. Kemudian masukkan 1/4 air panas. 

(2) Masukkan susu pekat secukup rasa kemudian kacau sehingga susu benar-benar larut.

(3) Akhir sekali masukkan air Ais Krim Soda

* Lebih sedap diminum sejuk sama ada menggunakan air batu atau menyejukkannya di dalam peti ais. 

Hehe.. Nak kata aku pakar buat air takdelah juga... Adalah sedikit pengalaman bekerja sambilan sebagai pengacau air di kedai datuk saudara dan di kedai abang ipar aku suatu masa dahulu... :)

Wednesday, August 21, 2013

Tuesday, August 20, 2013

DARI HIJAU KE MERAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Aku dan MILO seperti agak susah dijauhkan. Sudah menjadi hobi yang agak sukar dilepaskan semenjak aku mula berkecimpung di dalam dunia mengumpul barangan MILO. Bagi aku, aku adalah selayaknya dengan MILO kerana aku rasakan begitu dekat dengannya, dengan pelbagai memori dan nostalgia.

Kenangan terungkai bermula dari Van MILO yang datang ke sekolah di masa hari sukan, menggunakan peralatan menulis seperti kotak pensil, pensil, pemadam dan pembaris MILO sehinggalah botol-botol air MILO yang dibawa ke sekolah sebagai bekalan minuman.

Beberapa hari kebelakangan ini aku telah cuba-cuba untuk mempelbagaikan jenis koleksi yang aku kumpul. Aku mula berjinak-jinak dengan Coca Cola setelah mendapat pemberian percuma daripada seorang Collector juga merupakan seorang Seller.

Beg pinggang dan pelapik gelas Coca Cola

Gambar di atas ini merupakan pemberian daripada beliau. Dalam hati aku berkata, agak menarik juga untuk mengumpul barangan Coca Cola. Tetapi aku sendiri tidak pasti sejauh mana aku mampu untuk mengumpul barangan ini kerana aku amat jarang sekali minum Coca Cola ditambah lagi ketidakterujaan aku terhadap Coca Cola.

Sebelum ini juga aku hanya ada beberapa barangan Coca Cola iaitu sebuah botol dan beberapa gelas Mc Donald Coca Cola sempena Olimpik London 2012. Namun selepas itu langkah untuk mengumpul Coca Cola terhenti di situ sahaja.

Botol dan Gelas Coca Cola merupakan koleksi pertama aku

Baru-baru ni aku ada membeli sebotol Coca Cola keluaran Thailand yang aku beli di Jonker Street. Agak menarik botolnya kerana tidak besar seperti botol biasa. Kecil saja botolnya.

Coca Cola Thailand mari...
Dalam beberapa hari aku postkan gambar Coca Cola di dalam Facebook, ada pula seorang kenalan lama yang sudi memberikan sebuah kalender 2013 Coca Cola yang memaparkan gambar-gambar Marylin Monroe dengan paparan yang begitu klasik.





Sepertimana slogan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tetapi bagi aku MILO tetap diutamakan, COCA COLA adalah sampingan.