Sunday, August 18, 2013

PROTON SUPRIMA S HATCHBACK : EH! NASIB KAU LAH PROTON..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Pada tanggal 17 Ogos 2013, Proton telah melancarkan sebuah lagi produk Proton iaitu PROTON SUPRIMA S HATCHBACK. Majlis pelancarannya telah dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.



Sepertimana keluaran-keluaran Proton yang lalu, PROTON SUPRIMA S HATCTBACK ini juga tidak terkecuali daripada menerima kritikan. Dulu semasa model Proton Preve mula-mula diperkenalkan, aku juga merupakan salah seorang pengkritik model tersebut.

Namun, dalam memberikan kritikan, kita perlulah berhemah, janganlah ianya lahir dari satu kebencian atau dengan niat untuk menjatuhkan. Kritikan seharusnya membina supaya si penerima kritik boleh melakukan perubahan berdasarkan apa yang dikritik.

Dalam pemerhatian aku, PROTON SUPRIMA S ini banyak dikritik dari segi harganya iaitu ia dikatakan 'agak mahal' pada harga RM77k - RM80k. Ramai pula yang cuba membandingkan ia dengan Toyota Vios dan Honda Jazz yang jauh lebih murah / harga setanding. Mereka juga mengatakan lebih elok beli Toyota Vios atau Honda Jazz daripada membeli proton ini. 

Akan tetapi, sepatutnya PROTON SUPRIMA S ini tidak boleh dibandingkan dengan kedua-dua kenderaan tersebut kerana jelas ciri-ciri (spec) bagi kenderaan ini amat berbeza. Banyak berbeza dari segi enjin, keselamatan dan peranti dalaman yang canggih.

Jadinya, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dengan kereta-kereta yang sekelas dengannya. Namun, 'orang kita' ni memang nak barang yang murah. Siapa yang tak nak barang murahkan? Oleh itu, harapnya pihak Proton dapat mempertimbangkan kembali harganya. kalau dapat dikurangkan, itu sudah cukup bagus bagi rakyat Malaysia.






Namun aku tertanya-tanya juga sama ada pengkritik-pengkritik ini sememangnya mahu membeli PROTON SUPRIMA S ini atau tidak. Gayanya semacam mahu membeli namun tidak jadi kerana harganya yang mahal. Atau sememangnya setiap kali ada keluaran baru Proton, mereka mahu membelinya? Iyalah, asyik-asyik mengatakan harga mahal.. harga mahal semacam memang mahu membelinya. 

Nasihat aku, kalau rasa kereta ni mahal, tak payahlah membelinya. Pihak Proton pun rasanya tidak memaksa pengguna supaya membeli keretanya. Ukurlah baju di badan sendiri. Kalau benar-benar tak mampu tak perlulah nak mengikat perut setiap bulan bagi mendapatkan kereta idaman. Banyak lagi kenderaan mampu milik seperti Viva 660 atau Proton BLM. Dan sekiranya rasa diri mampu dan tidak mahu memakai model ini, belilah model lain yang difikirkan patut.

Rujukan gambar sila KLIK.

Friday, August 16, 2013

MANCHESTER UNITED MENANDATANGANI 'RAMLI'?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bapa saudara mana yang tak bangga apabila anak buahnya menjadi 'seseorang' yang berjaya dalam  kariernya. Begitu juga aku, amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh anak buah aku Muhammad Nizarruddin Jazi yang kini sedang menjalankan latihan di Manchester United Soccer School (MUSS)

Baru-baru ini dia dan seorang lagi rakannya yang juga dari Malaysia (Terengganu) telah terpilih sebagai 'Star Player' pada hari ke-6 latihan di MUSS. Di MUSS terdapat ramai pelajar-pelajar dari serata dunia seperti dari Jepun, Itali dan sebagainya.

Semalam terlihat pula status di Facebook kepunyaan dia di mana pada hari ini mereka ada perlawanan. Tak pasti sama ada perlawanan apa, mungkin perlawanan persahabatan. Yang hebatnya dia bakal menjadi ketua pasukan pada perlawanan tersebut. Memang tak padan dengan badan, kecil-kecil cili api!!

Harapnya dia akan terus berjaya.. Manalah tau satu hari nanti benar-benar dapat bermain untuk Manchester United. Manalah tahu kan...

Gambar-gambar dari Facebook Team Malaysia.


Semasa di Stadium Wembley, perlawanan Community Sheild baru-baru ini

3 orang rakyat Malaysia yang terpilih sebagai 'RAMLI'

Bersama rakan MUSS dari Itali

Kedua-duanya terpilih sebagai 'Star Player' pada hari ke-6 latihan di MUSS

Bukan semua orang dapat bergambar dengan piala Barclays Primier League.. Beliau sangat beruntung!

Wednesday, August 14, 2013

AKULAH YANG BETUL. KAU SALAH, SALAH DAN TETAP BERSALAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 

Inilah budaya masyarakat kita, sering menyalah dan mencari kesalahan orang lain. Bagaikan seorang ahli politik, apa yang dibuatnya semuanya betul manakala pihak yang bertentangan buat semuanya tidak betul sama sekali.

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar sila KLIK

Kita sebenarnya kerap juga melakukan kesalahan namun kita tak perasan, tetapi apabila orang yang yang bersalah, kita cepat-cepat perasan malahan kita marah-marah lagi. Sepatutnya kita bermuhasabah diri kita dulu sebelum menuding jari terus ke arah orang lain.

Sebagai contoh, semasa di jalan raya, kita kerap akan marah-marah apabila pemandu lain di hadapan kita membelok tanpa menggunakan isyarat membelok, mulalah mulut kita mengumat-ngamit memarahinya. Kalau yang agak 'hardcore' mungkin terus menurunkan cermin lalu menyumpah seranah pemandu tersebut.

Namun, sebenarnya kita juga tidak sempurna, alpa atau buat-buat lupa. Baru 100 meter kita melepasi pemandu tersebut, kita pula yang membelok tanpa menggunakan isyarat. Lalu. pemandu di belakang pula yang memarah kita. Apa kita buat? Kita pula yang memarahinya. Kita tak sedar bahawa kita pun salah sebaliknya hanya menyalahkan pemandu lain. 

Lain pula kisahnya pada seseorang yang suka membuang sampah merata-rata, kita kalau boleh nak saja meminta orang itu memungutnya kembali kerana kesalahannya itu. Namun, pada masa yang sama kita merokok yang mengetis abu rokok tak mengira tempat. Bukankah itu merupakan satu kesalahan yang serupa? Membuang sampah merata-rata. Oh! Itu bukan kesalahan aku, abu rokok mana nampak, tak bersepahpun. Ye... Kita memang pandai., pandai menjawab!

Begitulah penghidupan kita seharian. Sering dan nampak kesalahan orang saja walhal kita juga membuat kesalahan yang serupa. Ya.. Kita memang tidak sempurna. Tidak lari dari membuat kesilapan. Namun, apabila orang lain buat kesilapan, jangan pula kita lebih-lebih seperti kita tidak pernah berbuat salah. 

Ps: Nasihat untuk diri aku sendiri juga.

Agak berkaitan dengan  entri INI.