Tuesday, August 6, 2013

AKHIRNYA.... MANCHESTER UNITED SOCCER SCHOOL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Berpeluang berlatih di Manchester United Soccer School (MUSS) mungkin menjadi idaman bagi budak-budak kaki bola. Begitulah nasib anak buah aku, Muhammad Nizarruddin Jazi @ Nizar yang telah berpeluang untuk berlatih di MUSS selama 3 minggu atas ganjaran yang diterimanya setelah berjaya menjadi RAMLI bersama 2 orang peserta lain. 

Kalau dulu sudah puas dia mencuba nasib dalam beberapa rancangan realiti bola sepak seperti soccer kids, namun akibat dari saiz badannya yang tidak begitu besar, dia gagal untuk memasuki program tersebut. Namun kini, impiannya telah menjadi kenyataan apabila program Mencari Ramli musim ke-2 anjuran TV3 dengan sokongan TM telah membawa sinar baru bagi dirinya dalam bidang bola sepak. 

Aku ada juga beri nasihat pada dia, saiz badan sebenarnya bukan halangan, yang penting ialah minat dan kesungguhan untuk berjaya. Kalau nak dilihatkan, Lionel Messi pun tidak mempunyai bentuk badan yang besar, namun dia mempunyai tahap skill yang tinggi.

Setakat ini, aku memang amat berbangga dengan apa yang telah dia capai. Harapan aku pada suatu hari dia dapat bermain dengan Harimau Muda seterusnya dapat bermain untuk Harimau Malaya.

Jom layan beberapa gambar dia yang telah berada di sana sejak 2 Ogos yang lalu. Gambar-gambar ini adalah dirujuk dari Facebook Team Malaysia...











Maaf tiada caption. Yang paling kecil itulah Muhammad Nizarruddin Jazi.

Monday, August 5, 2013

KENAPA PERLU PM HARGA?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Aku lihat perkembangan orang meniaga di dalam Facebook sekarang ni memang amat menggalakkan. Macam-macam produk dijual dari harga yang murah hinggalah dengan harga yang mahal-mahal.

Rujukan gambar KLIK


Aku pernah terbaca satu post di Facebook dari seorang teman yang tidak gemar peniaga di Facebook tidak meletakkan harga sesuatu barangan sebaliknya hanya meminta sesiapa yang berminat Private Message (PM) untuk mengetahui harganya.

Pelikkan? Mengapa perlu PM baru diberitahu harganya? Kalau betul barangan tu harganya tetap, mengapa perlu di PM-PM lagi?

Ok, kita buat satu perbandingan dengan perniagaan secara tradisional. Setiap barangan di kedai mempunyai tanda harganya sendiri. Kita hanya perlu ke kaunter dan membayarnya sahaja. Namun, kalaulah tanda harga tidak diletakkan, bukankah satu situasi yang tidak menyenangkan di mana tiap-tiap kali pelanggan nak membeli kena tanya harga. "tokey ni berapa harganya tokey?", "tokey ni berape?", "Berapa ni tokey?" Eh. Tak penat dan bosan ke?

Situasi PM harga ni, kalau diaplikasikan dalam perniagaan tradisional, memang hancurlah perniagaan seseorang. Ye lah, meniaga tak nak beritahu harga, kena PM dulu. Kalau dalam realitinya seperti bermaksud, apabila seseorang hendak membeli barangan, tauke kedai perlu bawa pelanggan ke dalam setor dan membisik ke telinga pelanggan harganya. Ye lah, nak private sangat kan??

Bukankah bagus kalau nak jual barang di Facebook tu terus sahaja letakkan harganya. Kalau boleh siap sekali dengan harga kos pengeposan. Kalau ada orang berminat nak beli, terus dia akan beli. 

MILO MENJELANG RAYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Apabila tiba musim perayaan Hari Raya Aidilfitri sepertimana pada tahun-tahun yang lepas, MILO sekali lagi mengaktifkan keluaran barangan percuma dengan pembelian produk MILO untuk orang-orang macam aku yang suka mengumpul baranagn MILO.

Tapi barangan percuma MILO yang keluar pada tahun ini tidaklah sehebat tahun lepas. Kalau tahun lepas, memang terlalu banyak keluaran barangan MILO pada musim perayaan Hari Raya, sehinggakan duitpun banyak keluar untuk membeli MILO.

Pada tahun ni, ada juga beberapa barangan MILO yang dikeluarkan iaitu sebuah jug plastik MILO dan bekas makanan MILO. Namun, barangan tersebut bukanlah aku beli, cuma aku bertukar barangan dengan seorang collector. Kiranya ini ialah win-win situation. Aku bagi dia barangan MILO yang aku ada (lebihan yang sama), dan diapun beri barangan MILO yang dia ada. Hanya yang dikeluarkan ialah wang untuk pengeposan.

Dah jom layan je gambarnya...

Bekas makanan MILO

Jug MILO

Boleh buat guna masa Hari Raya.. :)