Friday, August 2, 2013

PERGINYA SEBUTIR BINTANG YANG BERSINAR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Chua Boon Huat... Siapa tidak kenal beliau, anak kelahiran Bukit Cina, Melaka yang beraksi dalam skuad hoki Malaysia sejak umurnya 17 tahun.

Chua Boon Huat
1980 - 2013

Kita dikejutkan dengan kematian beliau apabila beliau telah terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) seawal 3 pagi (1 Ogos 2013) apabila keretanya berlanggar dengan sebuah lori.

Aku yang minat bidang sukan, agak terkejut dengan berita ini. Bagi aku, beliau merupakan seorang hero. Hero rakyat Malaysia dalam bidang sukan hoki. Negara kehilangan sebutir bintang yang begitu bersinar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Kehilangannya dapat dirasai oleh segenap insan tak kira apa bangsanya sama ada Melayu, India dan Cina. Dengan personaliti dan watak perwatakannya, jelas beliau merupakan seorang yang sangat disenangi. Pastinya sumbangannya kepada negara akan dikenang.

Sumber gambar : KLIK

Wednesday, July 31, 2013

PUKIMAK KAULAH!!! OPS... MINTA MAAF


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sekali terkenang kembali kandungan di dalam novel SHIT karangan Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang banyak mengandungi kata-kata yang agak tidak sedap dibaca dan didengar seperti perkataan pukimak! Agak menonjol ketegasannya di situ.

Namun bukan itu yang aku mahu ulaskan dalam entri ini. Apa yang aku hendak jelaskan ialah tentang segelintir orang yang dengan sengaja membuat kesalahan dan dengan mudahnya meminta maaf. Lebih-lebih lagi membuat kesalahan dalam hal-hal yang sensitif seperti menghina agama.

Itulah sebenarnya salah satu keburukan laman sosial iaitu dengan mudahnya mereka-mereka yang terlibat mengambil peluang untuk menghina agama orang lain. Tak pastilah sama ada ia adalah satu kebetulan ataupun ianya satu perancangan yang rapi.

Namun, pihak yang berkuasa haruslah tidak sewenang-wenangnya menganggap ini adalah satu kes terpencil. Kes seperti ini haruslah diambil serius dan tindakan yang maha tegas haruslah diambil. Bukan hanya membuat pengakuan maaf secara terbuka, kemudiaannya mereka yang terlibat boleh dilepas atau dibebaskan. Kalau macam tu aku pun nak buat salah lepas tu minta maaf. Eh, memang hawaulah!

Lihat, kini keluarkan lagi video yang dikatakan mempersendakan agama Islam. Itulah, dah disuruh untuk ambil tindakan tegas, tidak diendahkan, nah! kini keluar lagi. Tak mustahil lepas-lepas ini ada lagi gambar-gambar atau video-video menghina agama yang dimuatnaik ke laman sosial. 

Ini kerana apa? Kerana tiadanya KETEGASAN!!! Hancur arr...

Tuesday, July 30, 2013

BERAPA RINGGIT HARGA PISTOL DI PASARAN?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Siapa tahu harga pistol di pasaran? Tak kisahlah pasaran terbuka atau pasaran gelap. Bukan apa, aku tengok sekarang kes tembak menembak di Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku ini dah semacam 'trend' yang semakin menjadi-jadi.

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar KLIK

Dah ramai sasaran yang ditembak sama ada ditembak mati mahupun yang cedera parah baik guru, ahli perniagaan, individu NGO dan yang lain-lain lagi. Dalam sebulan, berapa orang mati kena tembak. Terasa macam senang sahaja penjenayah mendapat bekalan pistol di dalam negara kita ini.

Dalam hal ini, pihak berkuasa terutamanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlulah memainkan peranan penting demi memastikan jenayah seperti ini dapat dibendung sama sekali. Kita tidak mahu banyak nyawa lagi yang yang akan ditembak mati.

Aku tak pastilah cara mana PDRM akan bertindak, janjinya tindakan dan langkah-langkah yang diambil perlulah dapat membasmi perkara seperti ini. Tindakan perlulah meluas hingga ke akar umbi dengan mengesan lokasi-lokasi penyeludupan senjata boleh berlaku. Pastinya PDRM mempunyai strategi-strategi tertentu.

Harapan aku semoga perkara tembak-menembak ini dapat diatasi segera tidak kiralah dengan apa cara sekalipun PDRM mahu lakukan. Jangan ada belas terhadap jenayah berat seperti ini. Sekiranya dapat tangkap si pelaku, tindakan tegas dan berat perlu dilaksanakan. 

Semoga Malaysia terus aman damai.