Tuesday, July 30, 2013

BERAPA RINGGIT HARGA PISTOL DI PASARAN?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Siapa tahu harga pistol di pasaran? Tak kisahlah pasaran terbuka atau pasaran gelap. Bukan apa, aku tengok sekarang kes tembak menembak di Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku ini dah semacam 'trend' yang semakin menjadi-jadi.

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar KLIK

Dah ramai sasaran yang ditembak sama ada ditembak mati mahupun yang cedera parah baik guru, ahli perniagaan, individu NGO dan yang lain-lain lagi. Dalam sebulan, berapa orang mati kena tembak. Terasa macam senang sahaja penjenayah mendapat bekalan pistol di dalam negara kita ini.

Dalam hal ini, pihak berkuasa terutamanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlulah memainkan peranan penting demi memastikan jenayah seperti ini dapat dibendung sama sekali. Kita tidak mahu banyak nyawa lagi yang yang akan ditembak mati.

Aku tak pastilah cara mana PDRM akan bertindak, janjinya tindakan dan langkah-langkah yang diambil perlulah dapat membasmi perkara seperti ini. Tindakan perlulah meluas hingga ke akar umbi dengan mengesan lokasi-lokasi penyeludupan senjata boleh berlaku. Pastinya PDRM mempunyai strategi-strategi tertentu.

Harapan aku semoga perkara tembak-menembak ini dapat diatasi segera tidak kiralah dengan apa cara sekalipun PDRM mahu lakukan. Jangan ada belas terhadap jenayah berat seperti ini. Sekiranya dapat tangkap si pelaku, tindakan tegas dan berat perlu dilaksanakan. 

Semoga Malaysia terus aman damai.

Monday, July 29, 2013

AKU MAKAN TEPI LONGKANG PUN TAKDE NAK KECOH!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bukan niat aku untuk mengungkit kembali perkara yang sudah selesai, cuma aku terpanggil untuk menulis setelah melihat status Facebook seorang rakan aku dan juga seorang penulis blog yang menulis berkaitan isu ini.

Teringat masa zaman sekolah rendah dulu, kalau masa rehat saja berebut-rebut membeli makan di kantin sekolah. Kalau terlambat ambil makanan, kerusi di kantin sekolah pastinya akan penuh. Justeru, mana-mana murid yang lambat tu terpaksalah makan sambil duduk mencangkung mengadap longkang. Bukan taknak makan tempat lain, tapi kami semua dah biasa dan 'enjoy' makan begitu. Longkang tu taklah kotor, kalau kotor mahunya tak makan di situ.


Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar KLIK

Bukan sekali, tetapi memang dah lali. Memang biasa makan tepi longkang. Masa tu takdelah nak bising-bising nak lapor pada polis ke, nak masuk dalam facebook ke (dulu takde facebook), tapi sekarang ni, pihak sekolah naiktaraf bilik persalinan untuk dijadikan kantin sementara pun dah heboh satu Malaysia. Padahal kantin sementara tersebut telah lama digunakan bukan pada bulan Ramadhan ianya bermula.

Inilah namanya main 'serkap jarang'. Sengaja mahu membuat fitnah tanpa usul periksa terlebih dahulu. Tak pasal-pasal heboh satu Malaysia lepas tu dikira sebagai isu agama dan perkauman pula tu. Aduhai, lain kali berhati-hatilah dalam membuat kenyataan.

Moral dari cerita ini, jangan menyebarkan sebarang berita tanpa usul periksa. Fitnah, fitnah, dan fitnah memang sedang berleluasa, berhati-hatilah.

PS : Kalau ada yang tak terperasan isu ini, boleh rujuk >> KLIK <<

Wednesday, July 24, 2013

WORDLESS : DIPETIK SECARA RAWAK


Sayang anak ayah ni....

Old longkang!!

Muzium Istana Kesultanan Melaka bermandi cahaya

Keliling dah kena salotep...

Nasib baik kau besau, kalau tak dengan kau kau aku kebas!!