Monday, July 22, 2013

KETUPAT MILO???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.



Bagi sesiapa yang biasa bertandang ke blog aku ni pasti akan mengetahui bahawa aku merupakan seorang pengumpul MILO. Bak kata orang ingat AKU ingat MILO, ingat MILO ingat AKU, betul tak? Hehehe.

Kadang-kadang malu juga nak publishkan entri pasal koleksi MILO ni, sebabnya bukan aku seorang saja pengumpul MILO, sebenarnya lebih ramai lagi pengumpul-pengumpul tegar MILO yang terdapat di Malaysia ni. Kalau dilihatkan koleksi mereka lebih banyak dan hebat berbanding koleksi aku yang tak seberapa ni.

Ok.. Hari ni aku nak tayangkan koleksi terbaru aku iaitu KETUPAT MILO. Hehehe... Gurau saja. Sebenarnya koleksi terbaru ni ialah sebuah bekas plastik berbentuk seperti ketupat. Mentang-mentanglah sekarang musim perayaan, MILO pun keluarkan barangan percuma berbentuk ketupat sempena Hari Raya Aidilfitri ni. Tapi ni bukanlah dari pembelian minuman MILO tetapi ianya ialah MILO Choco Bar.

Jom layan saja gambar koleksi MILO terbaru dari aku untukmu.. :)




Thursday, July 18, 2013

JAWATAN KOSONG PENOLONG KURATOR (S27)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.



Peluang kerjaya bagi anak Melaka yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Muzium Melaka.

Jawatan : Penolong Kurator
Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan kekosongan : 1
Taraf jawatan : Tetap
Jadual gaji : RM 1,361.14 - RM 4,427.94

Sesiapa yang berminat bolehlah layari laman sesawang ini untuk memuat naik borang >> KLIK <<

Huh.. Tempat kerja aku ni.. :)

Tuesday, July 16, 2013

KENANGAN PONTENG PUASA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Rehat tengah hari ni ingatkan nak lelapkan mata sekejab, tersengih pula sendirian apabila teringatkan kenangan lama ponteng puasa di zaman kanak-kanak. 

Dulu, aku ni memang rajin menolong mak membuat kuih raya. Balik sekolah je, bila tengok mak buat kuih raya, mesti mahu tolong. Ada satu hari tu, aku tolong mak mengupas kulit kacang tanah. Aku kupas, kupas, sebiji aku masuk mulut. Kupas lagi, terus masuk mulut. Hehe, siap bersembunyi di sebalik tong gas.

Tak habis lagi, bila mak sudah mula memasak kuih dalam ketuhar, mulalah baunya menusuk ke hidung. Bila sudah masak je, aku dalam diam-diam angkat 3,4 biji kuih terus lari masuk dalam bilik. Di dalam bilik apa lagi, dengan pantas aku telah kuih raya tu. 

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar KLIK

Hai... Macam-macamlah. Tu belum cerita pasal meneguk air paip lagi. Bulan-bulan puasa memang nampak air paip dah macam air sirap. Perghhh.. Dulu mana ingat, air paip masak ke tak, bersih ke tak, asal air je teguk sajalah.

Sekian saja cerita dulu-dulu. Sekarang memang tak buat dah... :)

(Ps : entah kenapa aku tersenyum simpul mengenangkan kisah lama.)