Tuesday, July 16, 2013

KENANGAN PONTENG PUASA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Rehat tengah hari ni ingatkan nak lelapkan mata sekejab, tersengih pula sendirian apabila teringatkan kenangan lama ponteng puasa di zaman kanak-kanak. 

Dulu, aku ni memang rajin menolong mak membuat kuih raya. Balik sekolah je, bila tengok mak buat kuih raya, mesti mahu tolong. Ada satu hari tu, aku tolong mak mengupas kulit kacang tanah. Aku kupas, kupas, sebiji aku masuk mulut. Kupas lagi, terus masuk mulut. Hehe, siap bersembunyi di sebalik tong gas.

Tak habis lagi, bila mak sudah mula memasak kuih dalam ketuhar, mulalah baunya menusuk ke hidung. Bila sudah masak je, aku dalam diam-diam angkat 3,4 biji kuih terus lari masuk dalam bilik. Di dalam bilik apa lagi, dengan pantas aku telah kuih raya tu. 

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar KLIK

Hai... Macam-macamlah. Tu belum cerita pasal meneguk air paip lagi. Bulan-bulan puasa memang nampak air paip dah macam air sirap. Perghhh.. Dulu mana ingat, air paip masak ke tak, bersih ke tak, asal air je teguk sajalah.

Sekian saja cerita dulu-dulu. Sekarang memang tak buat dah... :)

(Ps : entah kenapa aku tersenyum simpul mengenangkan kisah lama.)

VIDEO MENCARI RAMLI MUSIM KE-2 - EPISOD 13 (FINAL)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bagi yang terlepas untuk mengikuti episod akhir Program Mencari Ramli musim kedua, bolehlah layari video ini.



Video ini juga merupakan satu kenangan yang agak besar bagi anak buah aku MUHAMMAD NIZARRUDDIN JAZI kerana telah terpilih menjadi 'RAMLI'.

Dia akan berangkat ke Manchester selama 3 minggu pada 1 Ogos 2013 ni. Bermakna, dia akan berhari raya di sana dengan meninggalkan kedua ibu bapanya di sini.

Semoga beliau terus sukses.!!

Monday, July 15, 2013

GOBOK WARISAN NENEK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kalau sebelum ni aku ada menceritakan perihal Gobok arwah nenek aku, kini aku ingin berkongsi semula tentang gobok ini yang telah siap diperbaiki atau di dalam bahasa muziumnya, restorasi.

Setelah ianya sudah siap diperbaiki, aku berasa amat puas hati sekali dengan pembuatannya. Kemas dan nampak seperti sedia kala. Kalau dulu cerminnya sudah pecah, papannya dimakan usia, namun kini ianya semuanya telah diperbaiki. 

Aku tak nak bercakap panjang lebar, jom layan saja beberapa gambar gobok / almari ini yang telah diperbaiki.





Amacam! Cantik tak? Satu warisan nenek yang dapat diselamatkan oleh aku sendiri. :) Nak tahu tak apa yang aku isikan di dalam gobok ni? Lihatlah gambar di bawah...


Tuuuu dia... Koleksi barangan MILO aku. Ini pun tak muat. Masih ada lagi koleksi MILO aku yang tak dapat disumbat dalam gobok ni. Pakai nampak, kenalah aku cari gobok-gobok lama lagi.