Monday, July 15, 2013

GOBOK WARISAN NENEK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kalau sebelum ni aku ada menceritakan perihal Gobok arwah nenek aku, kini aku ingin berkongsi semula tentang gobok ini yang telah siap diperbaiki atau di dalam bahasa muziumnya, restorasi.

Setelah ianya sudah siap diperbaiki, aku berasa amat puas hati sekali dengan pembuatannya. Kemas dan nampak seperti sedia kala. Kalau dulu cerminnya sudah pecah, papannya dimakan usia, namun kini ianya semuanya telah diperbaiki. 

Aku tak nak bercakap panjang lebar, jom layan saja beberapa gambar gobok / almari ini yang telah diperbaiki.





Amacam! Cantik tak? Satu warisan nenek yang dapat diselamatkan oleh aku sendiri. :) Nak tahu tak apa yang aku isikan di dalam gobok ni? Lihatlah gambar di bawah...


Tuuuu dia... Koleksi barangan MILO aku. Ini pun tak muat. Masih ada lagi koleksi MILO aku yang tak dapat disumbat dalam gobok ni. Pakai nampak, kenalah aku cari gobok-gobok lama lagi.

Sunday, July 14, 2013

ANTARA SOLAT DAN PUASA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

SOLAT dan PUASA sama penting dan wajib dilakukan. 2 perkara ini memang terdapat di dalam Rukun Islam. Namun, ada seorang ilmuan ISLAM pernah berkata yang bermaksud :

"Orang yang menjaga solatnya sudah tentu akan berpuasa manakala orang yang tidak menjaga solatnya belum tentu akan berpuasa"

Pada peribadinya, aku amat bersetuju dengan kenyataan di atas. Kalau kita berpuasa namun tidak bersolat, maka yang akan diperoleh bukanlah pahala, tetapi hanya lapar dan dahaga. 

Begitulah pentingnya SOLAT. Kita diajar untuk mendirikan SOLAT sejak dari umur 7 tahun lagi. Namun, ramai 'orang kita' membuat kesilapan dengan mengajar anak kecil berpuasa terlebih dahulu, tetapi SOLAT tidak diajarnya dengan mengharapkan mereka akan belajar sendiri apabila besar kelak. 

Kesian anak-anak kecil melepuk menahan kelaparan atas dasar mahu mengajar anak itu berpuasa. Kalau kita sanggup membiarkan anak kita kelaparan, maka kita juga harus sanggup memukul anak kita yang umurnya mencecah 10 tahun tetapi masih tidak bersolat. 

"Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana tidak bersolat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka"

Hadith Riwayat : Ahmad dan Abu Daud

Sekian, untuk perhatian bersama di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Bukan niat untuk mengajar tetapi untuk pengetahuan kita bersama. Semoga kita peroleh manfaat daripadanya.

Saturday, July 13, 2013

MENCARI RAMLI 2 : ANAK BUAHKU, NIZARRUDDIN KE MANCHESTER UNITED


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Tahniah! Tahniah! Tahniah diucapkan kepada anak buahku, Muhammad Nizarruddin bin Jazi kerana telah terpilih sebagai 'RAMLI' pilihan juri dan akan ke Manchester United sebagai ganjarannya.

Kesungguhannya kini agak berbaloi setelah bekerja keras dalam bidang sukan yang sangat diminatinya. Dapat berkunjung ke Manchester United merupakan satu ganjaran yang agak hebat. Aku pun teringin sama nak pergi...



Dikhabarkan dia akan berhari raya di Manchester dengan pelbagai program yang telah diaturkan oleh pihak penaja seperti berlatih di Manchester United, menonton perlawanan bola sepak aksi Manchester United dan sebagainya. Bertuah sungguhlah!

Lagi cerita mengenai dia >> :: KLIK :: :: KLIK :: :: KLIK :: :: KLIK ::

Nak juga bergambar dengan 'RAMLI'

Frame ni kalau dapat kat aku, memang gantung kat rumah le... 

Latihan di Manchester United, menonton perlawanan Man. Utd., biasiswa Frenz United.., perghh...