Wednesday, July 10, 2013

SILING KAIN PERCA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Tajuk : Siling Kain Perca
Saiz : 38 cm x 38 cm
Media : Akrilik

Aku hasilkan Siling Kain Perca ini daripada ilham kenangan lalu di rumah arwah nenek. Dulu, di rumah nenek aku ada perca-perca kain yang telah dijahit untuk dijadikan penutup kepada siling atau bumbung rumah. Zaman sekarang memang susah nak lihat benda sebegini lagi.

Bagi aku, perca-perca kain ini begitu unik dan mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Daripada ianya terus dilupakan, adalah elok juga aku abadinya dalam bentuk lukisan abstrak seperti yang dihasilkan di atas.

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Ikhlas dari sanubari, saya ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah kata dan tersilap bicara dalam setiap perkataan yang diungkapkan di dalam blog ini.

Monday, July 8, 2013

BARANG LAMA YANG BERHARGA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kalau ada barang lama di rumah, jangan dibuang... Itulah pesanan aku. Barang lama ni amat berharga. Amat bernilai. Namun tak semua jugalah yang berharga. Aku yang baru-baru terjebak dalam mengumpul barang-barang lama, terutamanya MILO, berasa amat rugi kerana tidak mengumpulnya sejak dari kecil. 

Dalam Facebook aku dah penuh kenalan yang mempunyai hobi mengumpul barangan lama. Begitu juga halaman-halaman yang berkait rapat dengan hobi mengumpul, semuanya aku like. Bukan apa, aku ni baru je terjebak dengan arena ni, jadi aku memerlukan ramai kawan untuk memberikan tunjuk ajar kepadaku.

Aku lihat ada antara mereka yang tidak bekerja. Kerja mereka mencari atau membeli barang-barang lama kemudiannya menjual semula kepada rakan-rakan lain yang berminat. Aku tengok macam tak susah pula mereka menjual barang. Letak sekejab di dalam Facebook, dan-dan dah sold

Aku sarankan, mana-mana bekas graduan yang susah sangat nak dapat kerja tu, baiklah buat kerja macam ni. Ada modal sikit, pergi geledah rumah-rumah tinggal atau kedai-kedai lama dan beli barang-barang lama yang agak berharga lepas tu jual semula pada rakan-rakan yang mempunyai hobi mengumpul barangan lama atau iklankan di halaman kumpulan Facebook berkaitan barang-barang lama.  Gerenti ada orang beli.

Jangan kata duduk di Malaysia ni susah nak dapat kerja. Dengan mengumpul dan menjual barang-barang lama pun boleh jadi pekerjaan yang lumayan. Dah apa lagi, pergi selongkar kat rumah, tengok apa yang boleh dijual, lepas tu iklankan. Dapat juga duit.