Sunday, July 7, 2013

KASIHAN MOHAMED MORSI, KASIHAN MESIR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Memang tak fahamlah aku dengan masalah di Mesir ni. Memang benarlah dalam demokrasi, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin iaitu melalui peti undi. Tapi bukanlah dengan mengguling.

Rujukan gambar : Google Image


Kalau asyik-asyik nak gulingkan pemimpin, sampai bilalah negara nak bergerak maju. Mohamed Morsi baru setahun jagung dalam pentadbiran Mesir sudahpun digulingkan. Kalau betulpun rakyat berkuasa, agak-agaklah juga. Bagilah masa dan ruang untuk beliau mentadbir. Kalau betulpun ada kegagalan dan kekurangan, ia masih boleh diperbaiki. Guling mengguling bukanlah cara yang terbaik.

Tak pastilah sampai bila politik Mesir akan terus begini. Adakah selepas menggulingkan Mohamed Morsi, seorang pemimpin yang lebih baik akan muncul atau kelak beliau juga akan digulingkan? Kalau macam tu senanglah politik sekarang, tak suka saja guling.., tak suka saja, guling...

Friday, July 5, 2013

METALLICA LIVE IN MALAYSIA 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Metallica datang ke Malaysia! Biar betul??? Ya, memang betul. Tiada yang tidak betul melainkan yang betul-betul sahaja.





Metallica merupakan salah sebuah kumpulan Heavy Metal yang paling aku minati pada zaman remaja. Kini, bukanlah tak minat, tetapi sudah kurang sedikit aku mendengar lagu-lagu. Kalau mendengar lagu pun hanya sekadar di radio ketika berada di dalam kereta.

Nak dikatakan aku sokong sangat kehadiran Metallica ke Malaysia ni tidaklah sangat, tetapi aku agak terujalah juga. Namun, pihak berkuasa perlulah mengenakan syarat ketat untuk tidak memberikan James Hetfield mengeluarkan kata-kata lucah dan makian yang sememangnya amat sebati dengan beliau.

Untuk makluman, Metallica akan membuat konsert pertamanya di Malaysia pada 21 Ogos 2013 ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Tiketnya pula dijual bermula dari RM 195.00 hingga RM 680.00. Aku confirm tak pergi... 



Pada 21 Ogos ini bermaksud konsert ini diadakan pada bulan Hari Raya Aidilfitri iaitu 14 Syawal. Mungkinkah, anggota Metallica akan berpakaian seperti di atas semasa mengadakan konsert?

Nak juga dengar Metallica main lagu raya ni nanti... Boleh ke?