Thursday, June 27, 2013

KENAPA WANITA MALAYSIA BERTUDUNG TETAPI..........

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Pada minggu lepas aku telah diarahkan untuk menjadi pegawai pengiring (Liason Officer AKA L.O) bagi satu delegasi yang membuat lawatan kerja di jabatan tempat aku bekerja.

Dalam masa 3 hari aku menjadi L.O, banyaklah tempat-tempat aku membawa mereka seperti muzium, rumah-rumah tradisional, makam-makam bersejarah dan tak lupa juga ke pusat membeli- belah.

Semasa membawa delegasi tersebut membeli-belah, seorang wanita daripada delegasi tersebut telah menanyakan kepada aku satu soalan cepu emas iaitu "mengapa wanita Malaysia bertudung tetapi memakai baju lengan pendek?"

Aku pun lantas menjawab "saya rasa mereka menganggap aurat hanyalah sekadar menutup kepala". Itu saja yang aku jawabnya, ringkas.

Sebenarnya itulah yang sedang berlaku dalam masyarakat muslim di Malaysia pada zaman ini. Bukan sahaja menutup kepala tetapi berlengan pendek, malahan ada yang menutup kepala tetapi berpakaian dan berseluar ketat dan ada yang memakai tudung tetapi masih menampakan bentuk dada.

Sama-samalah kita saling mengingat-ingati antara satu sama lain. Aku pun perlu mengingati isteri aku sendiri.... Semoga kita semua berubah ke arah kebaikan dan membuat apa yang disuruh-Nya.

Monday, June 24, 2013

SELAMAT HARI JADI SAYANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Romantik tak tajuk entri aku hari ni? Hehe.., 'sayang' yang aku maksudkan ialah anak dara aku ni, Ainnur Afiah yang baru genap 1 tahun pada 22 Jun yang lalu.

Hari Sabtu itu (22 Jun) itu juga, isteri dan aku telah membuat sedikit jamuan di rumah bagi meraikan hari jadi anakku ni. Sepatutnya pada hari tersebut aku pergi mendaki Gunung Ledang, namun terpaksa aku batalkan hasrat tersebut dengan memberi keutamaan kepada majlis anakku ni.

Jom layan beberapa gambar yang sempat aku ambil sekitar majlis diadakan...

Happy Birthday Ainnur Afiah

Di awal majlis...

Makin lama, makin ramai yang hadir

Inilah kek harijadinya.. Bukan beli kat kedai, tempah orang buat je..

Acara memotong kek..

Buat depan rumah je..

Antara menunya, mee kari, nasi lemak, nasi impit dan kuih muih...