Tuesday, June 18, 2013

BIODATA DATUK WIRA IR. HAJI IDRIS BIN HAJI HARON, KETUA MENTERI MELAKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebenarnya aku baru menyiapkan biodata YAB Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka yang ke-10 untuk diletakkan di Galeri Ketua Menteri Melaka. Di sini aku ingin berkongsi biodata beliau sebagai pengetahuan kita bersama.

------------------------------------------------------------




Datuk Wira Ir. Haji. Idris bin Haji Haron merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-10 yang telah mengangkat sumpah pada 7 Mei 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang.

Dilahirkan pada 13 Mei 1966 di Asahan, Melaka. Beliau dibesarkan sebagai anak yatim apabila bapanya, Haron Hashim, seorang pesara Penghulu telah meninggal dunia semasa usianya baru 6 tahun. Setelah kematian bapanya, beliau telah dijaga oleh datuknya selama 6 bulan seterusnya dijaga oleh abangnya (berlainan ibu) yang juga seorang guru besar.

Mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah seperti Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Bekoh, Sekolah Rendah Kebangsaan Belading, Sekolah Rendah Kebangsaan Asahan dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kubu.

Kemudiannya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah dan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Seterusnya, beliau ditawarkan biasiswa ke Amerika Syarikat oleh Lembaga Letrik Negara (LLN). Akhirnya Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron menamatkan pengajian di Universiti Texas dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).

Di dalam bidang pekerjaan pula, Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron pernah bertugas di Lembaga Letrik Negara (kini disebut TNB) sebagai jurutera dan juga pengurus iaitu sebagai jurutera Pengguna LLN, Kajang (1989), Jurutera Operasi TNB, Kajang (1991), Pengurus Struktur dan Perancangan TNB, Kajang (1993), Pengurus Operasi dan Senggaraaan TNB, Jasin (1998) dan Pengurus Bisnes Daerah TNB Distribution Sdn. Bhd., Melaka (1999). Manakala pada tahun 2000 beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG) kini disebut Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dari tahun 2000 hingga 2004.

Kini, beliau yang berumah tangga bersama Fadilah binti Abdullah mempunyai dua orang anak iaitu Luqman Hakim dan Amira.

Pembabitannya dalam politik bermula pada tahun 1993 apabila dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO di Klebang Kecil iaitu pada usia 28 tahun. Sangat aktif dalam penubuhan belia sehinggalah beliau menubuhkan Gerakan Belia 4B bagi Klebang Kecil.

Pada tahun 2004 Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron telah memenangi Piliharaya Umum bagi kerusi Parlimen Tangga Batu. Pada tahun 2008 pula, telah melakar kejayaan yang besar dengan memenangi kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Selain itu beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dari tahun 2008 hingga 2009.

Pada Pilihanraya Umum tahun 2013, Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron telah memenangi kerusi di Dewan Undangan Negeri Sungai Udang mewakili Barisan Nasional (BN) menewaskan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti besar iaitu sebanyak 9136 undi. Kemudiannya, pada tanggal 7 Mei 2013, beliau telah dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang ke-10.

Sepanjang berkecimpung di dalam bidang belia, banyak anugerah dan pengiktirafan yang pernah diterimanya seperti Tokoh Maal Hijrah Kategori Belia, Tokoh Belia Negeri Melaka, Tokoh Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Kategori Kepimpinan dan Keusahawanan serta Tokoh Belia Negara Kategori Kepimpinan yang mana semuanya diterima pada tahun 2003.

Antara amanah yang pernah dan sedang dipikul oleh beliau ialah sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Melaka, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Melaka, Naib Pengerusi Belia 4B Melaka, Pengerusi Belia 4B Tangga Batu, Penasihat Pengasih Melaka, Pengarah Akademi Kemahiran Melaka Sdn. Bhd. dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Institut Kemahiran Belia Alor Gajah.

Di peringkat kebangsaan pula beliau telah membarisi Jawatankuasa Ahli Majlis Tertinggi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Antidadah dan Gejala Sosial Pemuda UMNO Malaysia, Penolong Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BNBC) dan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Belia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).


Sunday, June 16, 2013

TAIP VOTE RAMLI13 DAN HANTARKAN KEPADA 26268


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Gambar final 1Malaysia Cardiff City

Banggalah aku jadi bapa saudara si Muhammad Nizarruddin Jazi ni. Mana taknya, sudahlah dapat masuk program Mencari Ramli musim ke-2, baru-baru ni pula dia dapat menjadi Man of the Match bagi rancangan Mencari Ramli 2 episod ke-9. (boleh lihat di Youtube).

Kepada semua rakan-rakan bloggers, aku memohon pertolongan kalian untuk mengundi dia ni. Dia memang sungguh berbakat. Sekiranya mahu mengundi dia, bolehlah berbuat begini:


Taip VOTE <jarak> RAMLI13 dan hantarkan kepada 26268

Pengundi SMS pun boleh menang tau?? >> KLIK <<

Nampak macam besar saja peranan Nizarruddin AKA Nizar

Ketika sedang belajar

Menunggu keputusan pemenang imuniti dan Man of the match 

Pemenang imuniti dan man of the match episod 9

Sepatah dua kata dari man of the match

Tidur dalam perjalanan untuk makan malam bersama selebriti

Dengan Lisa Suriani rupanya...

Makan.. Makan.. Makan..

Bergambar kenangan bersama Lisa Suriani

Ramli Boleh!!!

Saturday, June 15, 2013

INSTAGRAM ON BLOG : MELAKA PARADE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Malam tadi (15 Jun 2013) aku berkesempatan untuk mengunjungi Melaka Parade yang dianjurkan sempena sambutan Pesta Sungai Melaka 2013. Aku pergi membawa isteri dan 2 orang anak aku. 

Kira-kira dalam pukul 9 lebih barulah bermula perarakan dengan penuh warna warni. Memang hajat di hati untuk menonton perarakan ini sehingga habis, namun apakan daya, anak kecil aku sudah tidur, ibunya juga penat setelah petangnya berniaga tudung Chenta Creative Hijab di Hospital Besar Melaka. Jadi, kami pun pulang sajalah.

Ini gambar-gambar yang sempat aku ambil. Layankan aje...

Pakya and the geng

Kereta berhias dari sub-sektor sejarah. Jabatan aku punya lambang pun ada.

Beca Melaka yang penuh warna warni

Perghhh.. Sport rim tak hengat!!

1 Malaysia bro..

Kereta lembu, dari Melaka, lalalalala...

Pancasitara Pancaragam

Kumpulan basikal lama.. Terbaik!!!

OldSkool...!

NewSkool!!! :)