Wednesday, May 29, 2013

GAMBAR-GAMBAR MENARIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Gambar-gambar menarik? Menarik sangat ke? Hehe, sebenarnya ini gambar-gambar yang terdapat di dalam blog aku yang satu lagi tu. Blog tu hanya memaparkan gambar-gambar sahaja. Namun, aku rasa cukuplah beberapa blog saja, tak larat nak ada blog banyak-banyak. Ingat nak tutup saja blog yang hanya memaparkan gambar-gambar tu.

Jadinya, sebelum aku tutup blog tersebut, aku 'transfer'lah gambar-gambar dari blog tersebut ke blog ini. 

Admiral Zheng He

Come Out and Play

The Gate

Governor Home Sweet Home

Spirit of Harimau Malaya

Melaka Sultanate Palace

Al-Azim Mosque, Melaka

Melaka Planetarium

Old Timer

The Last Touch

Pray

The St. Paul Church

This is Stadthuys Territory

Sun So Shy

You Are My Sunshine

The Suppliers

Its Gone

Malay Traditional House

Planting Sky

Colorful Heritage

When Sun Going Down

Windows 70's

Monday, May 27, 2013

BERKELANA DI PULAU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Hari Khamis yang lalu (23 Mei 2013) aku telah ke salah sebuah pulau yang terdapat di Melaka dalam misi memantau kerja-kerja yang terdapat di sana. Kerja apa? Biarlah rahsia. Kenapa rahsia? Kerana ianya rahsialah, sebab itulah rahsia.. :)

Tak perlulah bertanya pada aku, apa misinya kerana aku memang tak akan beritahu. Di sini aku hanya memaparkan beberapa gambar pemandangan sekitar perjalanan dan semasa aku berada di pulau tersebut. Gambar yang memaparkan misi sebenar, tidak aku sertakan kerana ianya tetap rahsia.. :)

Jadi, layan saja gambar di bawah ni...



Pemandangan sebelum menaiki bot ke pulau. Ini di Jeti Umbai. Dari jeti ini boleh ke mana-mana pulau di Melaka seperti Pulau Besar, Pulau Undan, Pulau Upeh dan sebagainya.


Dalam perjalan ke pulau.. Di hadapan adalah Pulau Besar. Tapi itu bukanlah destinasi ku..


Cantik pula aku lihat awan-awan yang berarak. Sekali nampak macam kepala watak dalam Dragon Balls pun ada. Melihat awan berkepul macam ni, dalam hati aku cakap, memang ada can mahu hujan malam tu.


Inilah khemah 5 bintang yang aku akan tidur buat semalaman. Memang kelas pertama.. :)


Inilah kerja aku.. Menunggu saja. Menunggu ape? Rahsialah.., mana boleh beritahu...!


Pemandangan di 'tapak perkhemahan'


Ini jalan menuju 'tapak misi'. Dulu denai saja, tapi kini laluannya agak besar sebab jengkaut telah diangkut ke pulau ini untuk kerja-kerja 'pembersihan'




Tak dapat aku tunjukan gambar-gambar misi sebenar, hanya gambar ini sahaja yang aku dapat tunjukan setelah tibanya aku di tapak.


Ini gambar di waktu malamnya. Kalau tiada generator, mahunya gelap gelita. Tiada apa yang boleh dilakukan  waktu malam, hanya 3 orang sahaja yang bermalam pada hari tersebut. Malam Jumaat pula tu, jadinya seawal pukul 10.00 malam sudah masuk dalam khemah masing-masing. Siangnya tadi ada dengar cerita yang bukan-bukan pula, jadi berdoa sajalah supaya tiada apa-apa gangguan.

Tekaan aku semasa berada di atas bot ternyata benar, dalam pukul 5 pagi hujan lebat melanda. Guruh dan petir sabung-menyabung. rasa amat dekat di telinga bunyi petir. Ya Allah.. Terbayang yang bukan-bukan. Sebab khemah pun bertaraf '5 bintang', tempias pun masuk. Tidur berselubung tuala mandi, air hujan pula menitik-nitik di kaki. Memang agak 'selesa' tidur malam tu.

Friday, May 24, 2013

OH! RAMLI SAYA...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 

Sebenarnya aku agak bangga dan gembira dengan pencapaian anak buah aku seorang ni. Terbaru dia telah terpilih antara 30 orang terbaik dalam rancangan realiti Mencari Ramli Musim II. 

Memang nampak dia seorang yang amat berbakat dalam sukan bola sepak. Lihat sajalah kejayaan-kejayaan dia dalam entri INI (klik), INI (klik), dan INI (klik). 

Esok dia akan mula bertolak ke Kuala Lumpur seterusnya akan ke Janda Baik, Pahang untuk memulakan latihan dan mencari 2 orang yang terbaik untuk ke Manchester United.

Sedikit maklumat beliau :

Nama : Muhammad Nizarruddin bin Jazi
Nama bapa : Jazi bin Abdul Aziz
Nama ibu : Maryati binti Mamat
Umur : 13 tahun
Asal : Melaka
Posisi asal : Pemain tengah
Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota, Melaka

Semasa sesi pemilihan di Stadium Hang Tuah, Melaka
Tahniah dan selamat maju jaya buat beliau...