Wednesday, April 24, 2013

ANALISIS POLITIK BAGI (3) ORANG CALON BEBAS YANG TERKENAL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Mula-mula aku mahu minta maaf, ini adalah entri sekadar suka-suka bagi memeriahkan kempen pilihanraya yang sedang hangat sekarang ini.

Okay.. Cuba kita lihat senarai (3) calon bebas di bawah ini :

Sumber gambar : KLIK

Anda kenalkan ketiga-tiga calon ini? Aku pasti anda semua amat mengenalinya. Namun setakat dikenali calon popular, tidak semestinya antara mereka boleh menang dengan begitu mudah. Jom mari kita buat analisa bersama, supaya kita tahu nak undi siapa dan siapa yang akan mewakili kita nanti.

Calon Pertama 

Haji Bakhil. Seorang yang amat kaya. Mempunyai kereta besar dan mempunyai 2 orang gajian yang sangat taat setia. Walaupun beliau kaya raya namun beliau dikenali sebagai seorang yang sangat kedekut.

Selain itu, beliau adalah seorang yang miang atau gatal. Tak boleh lihat perempuan cantik dan berdahi licin, semua beliau mahu kebas. Agak bermuka-muka dalam pemberian derma kepada pihak tertentu iaitu hanya mendermakan wang yang banyak kepada wanita sedangkan apabila orang lelaki yang meminta derma, hanya seringgit sahaja didermakannya.

Calon Kedua

Beliau mewakili Parlimen Pinang Sebatang, tak lain tidak bukan iaitu Pendekar Mustar. Seorang pendekar yang gagah perkasa dan mempunyai ilmu persilatan yang hebat.

Seorang yang baik hati dan amat prihatin terhadap masyarakat. Ini dapat dilihat apabila ada (3) orang pemuda bergelandangan datang ke rumahnya, dan telah diterima untuk tinggal di rumahnya. Selain itu, dia tidak kedekut ilmu, ilmunya sentiasa dicurahkan kepada sesiapa yang menginginkannya.

Calon Ketiga

Sharip Dol anak orang kaya. Tidak dapat dipastikan bagaimana beliau boleh tercalon pada pilihanraya pada kali ini. Beliau merupakan samseng yang sangat terkenal. Kawasannya ialah di Kampung Dusun.

Sifat samseng beliau sangat jelas dan diketahui ramai. Antara sifatnya yang terkeji ialah suka bergaduh, berjudi, mengacau wanita-wanita kampung, malahan yang paling dahsyat sekali ialah membakar rumah orang. Nauzubillah, inikah orang yang hendak mewakili kita nanti???

Daripada analisa di atas diharap para pengundi tahu siapakah calon yang akan dipilih pada pilihanraya akan datang. Bagi aku selaku penganalisis ketiga-tiga calon ini, semestinya aku akan memilih Pendekar Mustar sebagai calon yang terbaik untuk memenangi pilihanraya kali ini. Semoga beliau berjaya. Hidup Pendekar Mustar.. Hidup Pendekar Mustar.. Hidup..! Hidup..!

Ps : Entri ini adalah sekadar gurauan semata-mata tidak ada kena mengena sama ada yang masih hidup mahupun yang meninggal dunia. Nama-nama yang disebut adalah berdasarkan dari filem-filem Allahyarham P. Ramlee. 

Al-Fatihah, semoga mereka-mereka yang pernah memeriahkan industri filem dahulu kala ini ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan moga mereka dicucuri rahmat Illahi.

Moral : Walaupun entri ini nampak seperti suka-suka, namun ada sedikit pengajaran daripadanya. Apabila tiba masa mengundi nanti, kita buatlah sedikit analisa pada calon-calon yang kita hendak pangkah nanti. Lihat-lihatlah dari segi kebolehan, pencapaian, moral, integriti dan lain-lain yang difikirkan perlu bagi memastikan kita tidak tersilap pilih. 

Tuesday, April 23, 2013

MANCHESTER UNITED JUARA.. GLORY.. GLORY..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Siapa tengok perlawanan antara Man. Utd. FC menentang Aston Villa awal pagi tadi? Aku walaupun agak tegar meminati Man. Utd. FC namun terlepas nak menonton perlawanan tersebut walaupun sudah dikunci jamnya.

Rugi rasanya tidak dapat menonton di kala Man. Utd. FC telah dinobatkan sebagai juara Barclays Premier League walaupun masih berbaki beberapa lagi perlawanan. 

Man. Utd. FC telah menang 3 - 0 ke atas Aston Villa dengan ketiga-tiga gol telah dijaringkan oleh Robin Van Persie (RvP). Ini adalah saat yang paling bermakna buat RvP kerana ini merupakan kejuaraan yang ke-20 buat Man. Utd. FC di mana angkanya sama dengan nombor jersi yang dipakai oleh RvP iaitu nombor 20.

Saksikan saat-saat Man. Utd. menewaskan Aston Villa sekaligus merampas kembali kejuaraan BPL pada tahun ini. Sumber gambar : KLIK.

RvP dan Rooney

RvP bersama Giggs

Bravo RvP
Glory... Glory...

Champ20n... Champ20n...

20 = Champ20n
Champ20n... :)

Wow... Banyaknya piala...

Hehe.. Old skool jersi dari zaman sekolah lagi aku pakai.. Tak luntur, masih cantik dan kelihatan baru.. :)

Kepada pasukan lain yang tak berapa nak menang tu, takpe, cuba lagi tahun depan ye.. :)