Tuesday, April 23, 2013

MANCHESTER UNITED JUARA.. GLORY.. GLORY..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Siapa tengok perlawanan antara Man. Utd. FC menentang Aston Villa awal pagi tadi? Aku walaupun agak tegar meminati Man. Utd. FC namun terlepas nak menonton perlawanan tersebut walaupun sudah dikunci jamnya.

Rugi rasanya tidak dapat menonton di kala Man. Utd. FC telah dinobatkan sebagai juara Barclays Premier League walaupun masih berbaki beberapa lagi perlawanan. 

Man. Utd. FC telah menang 3 - 0 ke atas Aston Villa dengan ketiga-tiga gol telah dijaringkan oleh Robin Van Persie (RvP). Ini adalah saat yang paling bermakna buat RvP kerana ini merupakan kejuaraan yang ke-20 buat Man. Utd. FC di mana angkanya sama dengan nombor jersi yang dipakai oleh RvP iaitu nombor 20.

Saksikan saat-saat Man. Utd. menewaskan Aston Villa sekaligus merampas kembali kejuaraan BPL pada tahun ini. Sumber gambar : KLIK.

RvP dan Rooney

RvP bersama Giggs

Bravo RvP
Glory... Glory...

Champ20n... Champ20n...

20 = Champ20n
Champ20n... :)

Wow... Banyaknya piala...

Hehe.. Old skool jersi dari zaman sekolah lagi aku pakai.. Tak luntur, masih cantik dan kelihatan baru.. :)

Kepada pasukan lain yang tak berapa nak menang tu, takpe, cuba lagi tahun depan ye.. :)

DITINDIH JIN / SYAITAN SEMASA TIDUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Aku percaya bahawa ramai yang pernah kena tindih Jin / Syaitan semasa tidur. Begitu juga aku, beberapa kali juga aku berpengalaman ditindih semasa tidur.

Hendak dijadikan cerita, malam semalam aku kena tindih semasa tidur. Ketika itu aku tidur keseorangan di atas sofa di ruang tamu. Aku tidur pun lewat, menghampiri ke pukul 2.00 pagi baru aku tidur.

Seingat aku, aku baru saja terlelap dan telah ditindih dalam beberapa minit aku lelapkan mata. Terasa agak lama ditindih. Aku tak pasti antara aku sedar atau tidak, aku ternampak satu lembaga berpakaian serba putih menghampiri aku. Makin lama, makin dekat.

Sumber gambar : KLIK


Mulut aku terkumat-kamit untuk membaca ayat-ayat suci namun malangnya mulut aku tertutup. Terasa badan aku meronta-ronta untuk melepaskan dari terus ditindih.

Lembaga berpakaian serba putih tersebut semakin menghampiri aku. Aku terus berusaha membaca sesuatu namun tetap gagal. Dalam aku meronta-ronta tiba-tiba aku terjaga sambil menjerit "aaarrghhhhhhh....!".

Aku duduk melunjur sambil beristighfar banyak kali... Astagfirullah... Astagfirullah.. Astagfirullah... Sambil badan aku berpeluh-peluh. Kebetulan pula komputer riba berada di meja kopi berdekatan, lantas aku memainkan alunan surah Yaasin.

Termenung jugalah seketika. Sekali terfikir, adakah ia ada kaitan dengan ekspedisi mendaki Gunung Angsi yang aku baru daki siang tadi? Aku pun tidak dapat pastikan. Harap-harapnya malam ini tiada lagi gangguan dalam tidur aku.

Lepas tu aku terus sambung tidur semula sendirian di ruang tamu. Nak saja tidur di dalam bilik, tapi teringatkan ada anak yang masih kecil, aku tidurlah di luar saja dulu.

Ada sesiapa yang punyai pengalaman ditindih? Jom kongsi cerita.

(Ps : Selepas tamat menulis entri ini baru terperasan sedikit maklumat pasal ditindih semasa tidur di mana ianya mungkin disebabkan SLEEP PARALYSIS <<< klik untuk membaca. Mungkin juga aku terkena SLEEP PARALYSIS kerana terlalu penat)

Monday, April 22, 2013

PENDAKIAN KE GUNUNG ANGSI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Hari ini merupaka hari yang bersejarah buat diri aku. Buat pertama kalinya aku berjaya mendaki sebuah gunung hingga ke puncaknya. Gunung yang aku daki ialah Gunung Angsi yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Seramai 60 orang peserta yang telah mengikuti ekspedisi pendakian gunung ini yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Muzium Malaysia, Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan juga Perbadanan Muzium Melaka. Jabatan aku menghantar peserta yang terkecil iaitu hanya seramai 8 orang.

Sebenarnya ekspedisi ini dijalankan sebagai siri latihan 'team building' di samping untuk mengenalpasti peserta yang bakal layak mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu yang telah dirancang bakal diadakan pada penghujung tahun ini. Selepas ini mungkin kami akan mendaki Gunung Datuk pula yalng juga terletak di Negeri Sembilan.

Sedikit maklumat berkenaan Gunung Angsi :

a) Terletak di Tanjong Ipoh di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

b) Ketinggian setinggi 825 meter atau bersamaan 2,702 kaki.

c) Berhampiran dengan Hutan Rekreasi Ulu Bendol.

Semasa mendaki kami bermula pada pukul 9.00 pagi dengan dimulakan dengan pendakian yang agak curam kemudaiannya sedikit curam dan seterusnya laluan yang landai. Terdapat juga laluan turun naik sebelum sampai ke puncaknya. Akhirnya pada pukul 11.40 pagi kami berjaya menahan puncak Gunung Angsi. Masa mendaki ialah selama 2 jam 40 minit.

Laluan inilah pendakian dimulakan


Setelah melepaskan lelah di puncak, kami turun semula pada pukul 12.05 tengah hari. Masa turun, tidaklah berasa penat sangat. Tapi kaki perlu juga kuat. Ada kalanya kali tersadung, tergelincir, terpelecok disebabkan laluan yang tidak rata dan licin. Akhirnya dalam pukul 2.00 petang kami berjaya sampai kaki gunung.

Okaylah.. Jom layan saja beberapa gambar semasa pendakian ini..

Ber'posing' sebelum mendaki
Mula pendakian
Laluan curam
Masih ingat dua orang jejaka ini? Sila KLIK
Masa untuk ber'posing'
Apa nama binatang ni? Siapa tau?
Bapak besaunya semut hutan ni..
Terus semangat tinggal 18 minit untuk sampai ke puncak
Ber'posing' lagi...
Yeah... Tapi ni bukan di puncak..
Ranap kasut aku.. Memang terus ke bakul sampah.. Dah ternganga sebelah kanan..

Dah.. Itu saja. Sekian, terima kasih. :)