Thursday, April 18, 2013

TIPS MENDAPATKAN BANYAK IKLAN B.E (BUFFERING EARNING)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Melihat tajuk di atas, agak-agaknya ada yang berlumba-lumba untuk membaca tipsnya kan? Salah.., salah, itu bukan tips mendapatkan banyak B.E tetapi tu teknik untuk mendapatkan ramai pelawat. Ha, kiranya itu tips juga kan...

Yang sebenar-benarnya aku saja nak menunjukan 2 iklan B.E yang sedang bermain-main dalam blog ini. Nak tau bagaimana aku boleh dapat iklan B.E ni? Aku pun tak tau. Buka-buka akaun Nuffnang, sudah ada 2 iklan ni. Kiranya baguslah untuk aku kan.

2 iklan B.E yang aku dapat adalah seperti di bawah. Kalau nak tengok bolehlah klik.



Berbalik pada tips untuk mendapatkan B.E tadi, aku bukanlah seorang yang layak sangat nak berikan tips ini. Namun, mungkin entri INI sedikit sebanyak dapat membantu para bloggers untuk mendapatkan iklan B.E a.k.a Buffering Earning.

Sebenarnya aku taklah berfikir sangat pasal iklan-iklan ni. Kalau ada kiranya rezeki, kalau takde, takdelah, nak buat macam mana. Aku berblog untuk suka-suka, iklan-iklan ni belakang kira. Lainlah kalau memang probloggers yang memang membuat duit dengan blog. Mereka pastinya lebih mahir untuk menjana pendapatan melalui blog.

Ok. Sekian, terima kasih. :) 

Tuesday, April 16, 2013

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DAN LOKASI MENGUNDI UNTUK PRU13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sudah masuk musim pilihanraya ni, kenalah buat entri berkaitan pilihanraya juga. Tapi aku taknak bercerita pasal politik. Cerita pasal politik nanti, baik-baik berkawan terus jadi lawan nanti. Pasal itulah, baik di blog mahupun di Facebook, aku tidak bercerita pasal politik. 

Aku cuba mahu mengingatkan kepada sesiapa yang belum menyemak daftar pemilih dan lokasi mengundi untuk Piliharanraya Umum 2013 (PRU13) ini, eloklah semak kembali. Manalah tau tiba-tiba tercampak pula namanya ke peti undi tempat lain.

Bagi yang belum berbuat demikian, bolehlah semak melalui laman sesawang ini : >> KLIK <<

Aku dah semak.. :)


Erm.. Tak sabar-sabar nak pergi mengundi. Aku undi apa? Biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza. :)

Monday, April 15, 2013

SAMBUTAN MELAKA SEBAGAI BANDARAYA BERSEJARAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Yahooo... Esok cuti. Cuti apalah pula ni? Sebenarnya esok 15 April 2013 merupakan cuti umum bagi negeri Melaka sempena Hari Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah. Sambutan ini disambut setiap tahun bermula pada 15 April 2004. Kini, sudah 10 tahun ianya disambut.

Melaka Bandaraya Bersejarah

Namun...., sayangnya aku tak bercuti. Esok ada program yang perlu aku hadiri di tempat kerja. Biasalah, bekerja di sektor berkaitan pelancongan, masa cuti itulah ada saja program yang dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, arahan tetap arahan. Kalau big bos sudah arahkan, kenalah kita turutkan arahannya. Aku ni pun bukanlah jenis yang kisah sangat, memang biasa sewaktu hari cuti aku datang memantau kakitangan walaupun tanpa arahan. Lainlah kalau ada perkara yang tidak dapat dielakkan terpaksa juga mengingkari arahan dengan alasan-alasan tertentu.

Okeylah, bagi rakyat Melaka yang bercuti esok, selamat bercuti diucapkan. Bagi negeri-negeri lain yang tidak bercuti, selamat bertugas. Kalau terasa nak cuti juga, ambilah cuti atau MC... :)