Tuesday, April 9, 2013

EKSPLORASI KEILMUAN GUA BEWAH, TASIK KENYIR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sudah beberapa hari blog ini tidak disentuh, almaklumlah pemiliknya sedang berjimba-jimba di Tasik Kenyir, Terengganu selama 4 hari bermula 5 hingga 8 April 2013.

Program ini adalah anjuran Persatuan Muzium Malaysia dan Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Ia disertai oleh wakil kakitangan-kakitangan muzium seluruh negara dari utara hingga ke selatan, namun dari Sabah dan Sarawak tiada pula wakilnya. Melaka diwakili oleh 4 orang peserta termasuk aku.



Dalam entri ini aku tak mahu menulis banyak, cuma aku mahu berkongsi secara ringkas antara acara yang telah diadakan sepanjang program ini dijalankan :

:: Lawatan ke Gua Bewah
:: Sembang-sembang Muzium
:: Memancing
:: Merentas Hutan (Jungle Tracking)
:: Karaoke
:: Lawatan ke pusat Santuari Ikan Kelah
:: Lawatan ke Taman Herba

Okay.. Setakat sini sahaja. Nanti aku keluarkan satu lagi entri yang akan memaparkan gambar-gambar sekitar program. Tunggu sajalah..

>> Bahagian 2 << 

Thursday, April 4, 2013

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA SAIDINA ALI R.A


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, aku suka bersembahyang Jumaat di sebuah masjid ini, selain daripada dapat mendengar khutbah, di masjid ini kerap mengedarkan risalah-risalah ilmu untuk bacaan para jemaah. 

Jadi, dikesempatan ini aku ingin berkongsikan sedikit ilmu yang terkandung dalam risalah tersebut dan semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh kita. Insha Allah.

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA SAIDINA ALI R.A :

Wahai Ali, bagi orang mukmin itu ada 3 tanda-tandanya :

1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :

1. Jujur dan berkata-kata
2. Menjauhi segala yang haram
3. Merendahkan diri

Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :

1. Merahsiakan ibadahnya
2. Merahsiakan sedekahnya
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :

1. Takut berlaku dusta dan keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, bagi ahli ibadat itu ada 3 tanda-tandanya :

1. Mengawasi dirinya
2. Menghisap dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T

Wallahuaklam.

Wednesday, April 3, 2013

CARTA LAGU TERATAS DAN PALING POPULAR DI MUSIM PILIHANRAYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sepertimana kita semua maklum, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah telah pun mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada hari ini 3 April 2013 setelah mendapat perkenan daripada DYMM Yang DiPertuan Agong.

Jadi, hari ini bermulalah episod kempen pilihanraya oleh parti-parti politik yang akan bertanding di Piliharaya Umum ke-13 nanti.

Bagi yang telah mendaftar sebagai pemilih, bolehlah berkira-kira untuk mengundi siapa di pilihanraya nanti. Pilihlah dengan bijak kerana kita memilih pemimpin untuk 5 tahun akan datang. Salah pilih nanti takut ada yang menyesal tak sudah.

Okay, tanpa membuang masa, mari kita dengarkan carta lagu paling teratas dan popular di musim pilihanraya ini. Jom layan... Jom mengundi...