Tuesday, April 2, 2013

KAMI MEMERLUKAN POLITIK SEBEGINI DI MALAYSIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebenarnya aku tertarik dengan gambar di bawah ini :

Sumber gambar : Facebook

Pasti antara kita sayangkan Malaysia. Kita mahu negara kita terus maju ke hadapan dengan acuan kita sendiri dengan barisan pemimpin yang berkaliber dan berwibawa disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam mentadbir negara.

Aku secara peribadi menginginkan persaingan politik di Malaysia ini berlangsung dalam suasana yang 'sihat'. Berhujah dengan perkara yang realiti dan mampu dicapai dan bukannya sekadar bercakap-cakap kosong semata-mata mahu memenangi pilihanraya.

Tidak kiralah parti pemerintah mahupun pembangkang, berpolitiklah dengan matang. Sebenarnya ramai dikalangan rakyat sudah jemu apabila disajikan dengan berita-berita politik yang entah apa-apa serta fitnah-fitnah yang terus berleluasa.

Hendak menyenangkan cerita, apabila tiba pilihanraya nanti kita sebagai rakyat undilah calon yang kita suka di mana telah dapat menyakinkan kemampuan dan strategi mereka dalam membangunkan negara.

Siapa yang menang nanti, tadbirlah negara dengan sebaik mungkin kerana itu adalah amanah besar yang telah diberikan oleh rakyat. Pada yang kalah pula, teruslah membangkang dengan cara yang berhemah. Kalau yang memerintah salah, tegur dan berikan idea-idea yang terbaik bagi membaiki kesalahan tersebut.

Yakinlah, politik Malaysia boleh mencapai kematangannya sendiri. Kita hendak bergaduh-gaduh buat apa, hidup di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jualah tempat kita kekal selama-lamanya.     

HEBATNYA KUASA 'TAGLINE' DALAM DUNIA PERNIAGAAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Semenjak dua menjak berkecimpung dalam dunia perniagaan tudung Chenta Creative Hijab secara sampingan bersama isteri aku ni, adalah juga aku membaca beberapa buku bagi menaikkan motivasi dalam bidang perniagaan.
 
Daripada pembacaan, dapatlah juga menambah ilmu dan pengetahuan untuk terus maju dalam dunia perniagaan. Kebetulan juga baru-baru ini jabatan ada menghantar aku ke satu seminar bertajuk Kesedaran Terhadap Harta Intelek, jadi bertambahlah lagi ilmu berkaitan pengeluaran produk, reka cipta dan inovasi.
 
Namun, aku tidak mahu bercerita panjang lebar. Apa yang ingin aku jelaskan ialah perihal kekuatan tagline sebagai satu media menyampaikan mesej bagi sesuatu produk.
 
Kebanyakkan syarikat-syarikat besar yang sudah lama bertapak di Malaysia mahupun luar negara menggunakan kekuatan tagline untuk mempromosi dan memberikan mesej kepada pelanggan.
 
Berikut beberapa produk yang boleh kita kenali walau hanya melalui tagline tanpa melihat nama atau logo sesuatu produk.
 
The Power of Dreams
 
Moving Forward
 
Now Everyone Can Fly
 
It's Finger Lickin' Good
 
Ideas For Life
 
Delighting You Always
 
Erm.. Ada ke yang masih tidak mengetahui tagline di atas bagi produk / jenama  apa? Kalau tak tahu biar aku beritahu :

 
 The Power of Dreams = HONDA
 
 
 


 Moving Forward = TOYOTA
 
 
 


 Now Everyone Can Fly = AIR ASIA
 
 
 
 
 
 It's Finger Lickin' Good = KENTUCKY FRIED CHICKEN
 
 
 


 Ideas For Life = PANASONIC
 
 
 
 
 
 Delighting You Always = CANON
 
 
 
 
Sebenarnya aku masih lagi memikirkan tagline yang paling sesuai untuk Chenta Creative Hijab namun ideanya masih belum timbul lagi. Tak mengapalah, nanti aku fikirkan lagi bersama isteriku.
 
Kalau kamu seorang tokey tudung, apakah tagline yang akan kamu letakkan?