Wednesday, February 20, 2013

BOLA-BOLA MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Alhamdulillah... Benda yang ditunggu-tunggu akhirnya datang bergolek. Apa yang bergoleknya? Inilah Bola Milo Fuze. Puas menunggu ketibaanya di rumah, tapi tak sampai-sampai. Akhirnya sampai setelah tamat Tahun Baru Cina.
 
Mungkin disebabkan cuti Tahun Baru Cina bola-bola Milo Fuze ini lambat sampai ke rumah aku. Almaklumlah, posnya pun bukanlah pos laju, pos domestik saja.
 
Namun, tidak mengapalah, janji ia sampai. Takut juga kalau tertipu. So far, selama aku membeli barangan Milo, tak pernah kena tipu dengan penjual. Alhamdulillah, semuanya berurusniaga dengan cara berhemah dan sempurna.

Nak tahu bagaimana rupa paras dan bentuk Bola Milo Fuze ni? Layan sajalah gambar yang disertakan ini.

Bolanya kecil saja. 3 corak yang berlainan

Wow.. Milo Fuze tu bro.. :)
 

Sunday, February 17, 2013

CHENTA CREATIVE HIJAB


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Aku mulakan dengan memohon jasa baik tuan / puan untuk menyukai laman ini CHENTA CREATIVE HIJAB.
 
 
 
Sebenarnya CHENTA CREATIVE HIJAB ini merupakan perniagaan kecil-kecilan isteriku. Produknya ialah tudung. Bukan tudung saji ye.. Apa yang lainnya CHENTA CREATIVE HIJAB ini? Ye.. Ia sedikt berbeza. Pembeli bukan sahaja membeli tudung yang telah siap, tetapi pembeli juga boleh membuat tempahan dengan jenis warna dan corak yang diingini. Menarik bukan? Ini untuk memastikan kepuasan pelanggan adalah diutamakan.
 
Buat masa ini, memang tidak menang tangan dibuatnya. Tidak dapat untuk membuat 'sample' untuk ditunjukan kepada rakan-rakan pejabat yang lain. Buat saja, ada saja yang terus membelinya.
 
Namun, CHENTA CREATIVE HIJAB telah berikrar untuk mempercepatkan pengeluaran tudungnya. Kini beberapa tukang jahit telah diupah untuk meningkatkan pengeluaran tudung CHENTA  CREATIVE HIJAB.
 
Selepas ini CHENTA CREATIVE HIJAB dalam perancangan untuk membuka jualan secara borong dengan memberikan diskaun-diskaun tertentu kepada pembeli, peniaga mahupun bagi mereka yang ingin berniaga secara kecil-kecilan. Apa-apa pun, perkembangan terkini boleh didapati di laman CHENTA CREATIVE HIJAB, jadi jangan lupa untuk menyukai laman ini.
 
Bagi teman-teman bloggers yang biasa mengunjungi blog ini, mohon sokongan daripada kalian semua. Bagi mereka yang baru saja 'terserempak' dengan blog ini juga dipohon sokongan kalian semua.
 
Sekian, terima kasih. :)
 
Jangan lupa like >>> CHENTA CREATIVE HIJAB <<<

Saturday, February 16, 2013

PASANGAN KEPADA PIRING MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Agak lama juga aku mencari pasangan kepada piring-piring Milo yang pernah aku beli satu ketika dahulu. Boleh klik di sini. Memang dulu aku beli tanpa cawannya, hanya piring saja.
 
Ada juga cari-cari kalau ada sesiapa yang menjual cawannya, tapi harganya agaklah mahal. Jadi aku 'matikan air' sahaja.
 
Kebetulan baru-baru ini teman di fan page Milo / Nescafe ada menawarkan cawan bagi pasangan piring yang aku ada, jadinya aku pun membelinya. Harganya pula tidak terlalu mahal. Aku ambil 5 buah.
 
Jadi kini lengkaplah satu set cawan kopitiam Milo yang pertama aku miliki.
 
Piring sudah bertemu pasangannya...

Bukan hanya cawan kopitiam, aku turut membeli sebuah gelas Milo ais. Tak pastilah gelas ini berapa lama usianya, tahun berapa ia dibuat. Masih belum dibuat research lagi.

Gelas Milo ais

Hari tu aku ada tertinggal untuk memyiarkan sebuah lagi botol air yang aku baru beli. Jadi di sini aku paparkanlah botol air ni. Nampak macam klasik saja. Ada gambar tarzan. Memang menarik. :)

Botol air Milo