Friday, February 15, 2013

INSTAGRAM ON BLOG : PERTAMA KALI JEJAK PADANG GOLF


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di padang golf. Tapi bukan pergi untuk bermain golf, sebaliknya hanya untuk menghadiri majlis perasmian 'Tee Off' Melaka World Heritage Europe International Golf 2013 yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang DiPertua Negeri Melaka.

Acara berlangsung di Tiara Golf and Country Resort, Ayer Keroh, Melaka menyaksikan lebih 70 orang peserta dari Eropah dan pemain tempatan.

Apa kata layan saja beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa berada di sana.

Melaka welcome U...

Padang golf Tiara and Country Resort

Cantik lanskapnya

Pohon-pohon meredupkan

Pukulan Tee Off salah seorang pemain

Tuan Yang Terutama Tun Mohd Khalil Yaakob turut serta

Semasa lawatan ke Galeri Golf, Melaka sehari sebelum pertandingan dijalankan

USAH DITERBALIKKAN TEMPAYAN ITU


Sudah dibilang,
sudah dipesan,
oleh orang-orang tua,
orang-orang lama,
orang-orang terdahulu,
bilakala mendengar guruh di langit,
jangan tempayan diterbalikkan,
kelak kering kontang,
bunyinya saja bak gegak gempita,
namun hujan tidakkan pasti,
hujan yang didambakan tidak turun.

Nah...!
tempayan tidak lagi terisi,
mana untuk minum,
mana untuk makan,
mana untuk masak,
mana untuk mandi,
mana untuk semua,
sesal tiada guna.

Guruh juga tidak boleh dipercaya,
bunyi dan getarannya memungkinkan hujan atau tidak,
Allah juga yang Maha Kuasa.

Jangan tertipu dengan guruh yang berdentam dentum,
biarkan saja air di tempayan,
usah diterbalikkan,
meskipun hujan,
air di tempayan akan tetap penuh,
bersyukur dengan yang ada.

F.B. Mamat
15 Februari 2013
Bukit Katil, Melaka 

Thursday, February 14, 2013

INSTAGRAM ON BLOG : PROGRAM MELUKIS KARIKATUR @ MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 9 hingga 12 Februari 2013 yang lalu di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ada membuat program sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. Programnya ialah MELUKIS KARIKATUR.

Ia bukanlah satu program yang besar, cuma ia program bagi memeriahkan lagi cuti sekolah. Iyalah.., pelawat bukan sahaja boleh melawat ke muzium, mereka juga boleh mengabadikan kenangan mereka dengan lukisan karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis profesional.

Jom layan saja gambar instagram ni...


Pelawat tempatan dan luar amat teruja dengan lukisan karikatur ini

Pelukis sedang tekun melukis

Ramai yang menunjukan minat 

Tak lupa juga pada peminat cilik

Antara lukisan karikatur yang telah disiapkan
Ini pula lukisan karikatur hitam dan putih