Friday, February 15, 2013

USAH DITERBALIKKAN TEMPAYAN ITU


Sudah dibilang,
sudah dipesan,
oleh orang-orang tua,
orang-orang lama,
orang-orang terdahulu,
bilakala mendengar guruh di langit,
jangan tempayan diterbalikkan,
kelak kering kontang,
bunyinya saja bak gegak gempita,
namun hujan tidakkan pasti,
hujan yang didambakan tidak turun.

Nah...!
tempayan tidak lagi terisi,
mana untuk minum,
mana untuk makan,
mana untuk masak,
mana untuk mandi,
mana untuk semua,
sesal tiada guna.

Guruh juga tidak boleh dipercaya,
bunyi dan getarannya memungkinkan hujan atau tidak,
Allah juga yang Maha Kuasa.

Jangan tertipu dengan guruh yang berdentam dentum,
biarkan saja air di tempayan,
usah diterbalikkan,
meskipun hujan,
air di tempayan akan tetap penuh,
bersyukur dengan yang ada.

F.B. Mamat
15 Februari 2013
Bukit Katil, Melaka 

Thursday, February 14, 2013

INSTAGRAM ON BLOG : PROGRAM MELUKIS KARIKATUR @ MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 9 hingga 12 Februari 2013 yang lalu di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ada membuat program sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. Programnya ialah MELUKIS KARIKATUR.

Ia bukanlah satu program yang besar, cuma ia program bagi memeriahkan lagi cuti sekolah. Iyalah.., pelawat bukan sahaja boleh melawat ke muzium, mereka juga boleh mengabadikan kenangan mereka dengan lukisan karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis profesional.

Jom layan saja gambar instagram ni...


Pelawat tempatan dan luar amat teruja dengan lukisan karikatur ini

Pelukis sedang tekun melukis

Ramai yang menunjukan minat 

Tak lupa juga pada peminat cilik

Antara lukisan karikatur yang telah disiapkan
Ini pula lukisan karikatur hitam dan putih

Sunday, February 10, 2013

MEMBORONG MILO LAGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dulu pernah sekali aku memborong barangan Milo. Kini sekali lagi aku memborong barangan Milo. Maksud memborong ini ialah aku membeli dengan kuantiti yang banyak. Kalau yang biasa, aku hanya membeli satu atau dua item sahaja dalam satu-satu masa.
 
Lebih terharu barang ini sampai tanpa aku membayar satu sen pun. Eh, iya ke? Aku sebenarnya baru 'booking' barang-barang Milo ni, namun tuannya kata tak mengapa, bayar kemudian. Aku pun apa lagi, dengan segera memberi alamat untuk penjual tersebut mengirimkan barangan Milo tersebut.
 
Kalau tak silap, satu hari lepas tu aku mula terfikir, begitu mudah penjual tersebut mengepos barangan Milo tersebut tanpa ada bayaran daripada aku. Aku pun ber'private message' dengan penjual tersebut dalam Facebook.
 
Kebetulan namanya Cina tapi dalam private mesage dia ada guna perkataan Insyaallah jadi aku pun bertanya. "Konfius... Muslim ke? Adakah kita saling mengenali? Begitu mudah awak mempercayai saya dengan mengepos barangan Milo dahulu tanpa bayaran."
 
Korek punya korek cerita rupa-rupanya beliau merupakan isteri kepada kenalan FB dan blog aku yang juga merupakan seorang mengumpul tegar. Nama dia tak mengapalah aku rahsiakan pasal beliau ni low profile sedikit kata isterinya.
 
Apa-apa pun, layan saja koleksi terbaru aku ini...
 
Adalah sedikit...

Termasuk ni saya sudah ada 4 corak berlainan. Yahooo...

Masuk ni saya baru ada 3 corak berlainan. Satu lagi untuk cukupkan setnya.

Bekasa Minuman Milo Go Further

Botol air. Cantik bukan?
 
Gelas Milo Majlis Kecergasan Kebangsaan

Dapat 4 corak yang berlainan. Yahoo....

Gelas Milo CYC
 
Buku nota Milo bersekali pensil dan pemadam.

Cawan Milo. Antara keluaran terbaru ni.. 

1 set cawan plastik bertutup yang 'cute'

1 set gelas plastik Milo.. Menarik bukan? :)
 
Aduh.. Ada tertinggal gambar pula. Ada lagi 1 botol air Milo yang tidak dimasukkan. Malas pula rasanya nak ambil gambar lagi. Tak mengapalah nanti di entri lain aku ceritakan. :)