Monday, January 28, 2013

INSTAGRAM ON BLOG : PROSES MENYEDIAKAN AIR KELAPA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Baru cuba-cuba menggunakan 'smart phone' hadiah daripada isteri tercinta. Jadi, bermulalah satu peredaran baru dalam diri aku dari menggunakan telefon bimbit biasa kepada telefon bimbit generasi terkini walaupun ianya hanya yang biasa-biasa sahaja.
Oleh hal yang demikian (perghh... ayat karangan sekolah ni), aku akan wujudkan satu lagi corak entri di dalam blog aku ni iaitu INSTAGRAM ON BLOG.
Jom layan saja gambar Instagram aku ni. Gambar ni sebenarnya diambil di rumah mak, semasa kitorang membuat persiapan menyediakan minuman air buah kelapa muda.

Mula-mula jolok buah kelapa

Kemudian, kasi tetak untuk mendapatkan air kelapa

Air kelapa ditaruk di dalam jug

Ini pula sesi mengorek isi buah kelapa menggunakan sudu

Anak buah yang sedang gigih mengorek isi buah kelapa

Habis isi buah kelapa dikoreknya...

Jadilah air kelapa yang telah dibancuhkan dengan Gula Melaka

CAWAN MILO PLASTIKLAH PULA..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Biasanya pada era sekarang, kalau kita dapat minum air Milo percuma sama ada di Van Milo ataupun di pasaraya, pastinya ia akan menggunakan cawan kertas Milo. Kalau dahulu, kalau siapa masih ingat, cawannya adalah diperbuat daripada plastik.
 
Kebetulan dalam aku melayari Mudah[dot]my aku terlihatlah pula cawan plastik ini. Melihatkan harga yang ditawarkan adalah murah, aku pun belilah untuk menambahkan koleksi Milo aku yang sedia ada.
 
 
 
Cawan plastik Milo ini adalah keluaran khas tahun 1991 sempena Sukan Sea di Manila. Bayangkan, cawan plastik ini sudah berusia 22 tahun pada tahun ini. Tapi itu tidaklah pelik sangat kerana ada barangan koleksi Milo lebih lama daripada itu.
 
Sekian laporan saya, terima kasih. :)

Saturday, January 26, 2013

SUBHANALLAH...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Subhanallah... Itulah perkataan pertama yang terpacul dari mulut aku semasa melihat dua batang pokok yang apabila diamat-amati menyerupai kalimah ALLAH.
 
 
Kebiasaannya aku dapat melihat gambar-gambar sebegini banyak terdapat secara dalam talian iaitu di Internet. Namun pagi tadi, aku dapat menyaksikan sendiri pokok ini secara terus-terusan dari depan mata.
 
Tapi kenapa sebelum ini aku tidak perasan kewujudan pokok itu? Sedangkan tempat tersebut bukanlah asing bagi aku kerana terdapat banyak juga program yang diadakan di situ. Sebenarnya pokok-pokok tu telah lama wujud, tapi aku sendiri tidak perasan adanya kalimah ALLAH terbentuk dari pokok tersebut.
 
Kalau sesiapa nak tahu, pokok ini tertanam di belakang Galeri Ketua Menteri Melaka di Bukit Peringgit, Melaka. Kalau nak tengok pokok ni, datanglah ke sana. :)
 
:: Ya Allah, Kau berikanlah aku petunjuk jalan yang lurus serta benar... Sesungguhnya aku insan biasa yang lalai dan alpa serta tidak lari dari melakukan kemaksiatan zahir dan batin ::