Saturday, January 26, 2013

SUBHANALLAH...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Subhanallah... Itulah perkataan pertama yang terpacul dari mulut aku semasa melihat dua batang pokok yang apabila diamat-amati menyerupai kalimah ALLAH.
 
 
Kebiasaannya aku dapat melihat gambar-gambar sebegini banyak terdapat secara dalam talian iaitu di Internet. Namun pagi tadi, aku dapat menyaksikan sendiri pokok ini secara terus-terusan dari depan mata.
 
Tapi kenapa sebelum ini aku tidak perasan kewujudan pokok itu? Sedangkan tempat tersebut bukanlah asing bagi aku kerana terdapat banyak juga program yang diadakan di situ. Sebenarnya pokok-pokok tu telah lama wujud, tapi aku sendiri tidak perasan adanya kalimah ALLAH terbentuk dari pokok tersebut.
 
Kalau sesiapa nak tahu, pokok ini tertanam di belakang Galeri Ketua Menteri Melaka di Bukit Peringgit, Melaka. Kalau nak tengok pokok ni, datanglah ke sana. :)
 
:: Ya Allah, Kau berikanlah aku petunjuk jalan yang lurus serta benar... Sesungguhnya aku insan biasa yang lalai dan alpa serta tidak lari dari melakukan kemaksiatan zahir dan batin :: 

Friday, January 25, 2013

GAMBAR PERARAKAN PERHIMPUNAN BERSIH DAN SUCI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
'Nampak Serupa Tapi Bukan Dia'... Hehe, ingat tak skrip Zizan dalam Maharaja Lawak Mega 2012 yang lepas? Begitu juga dengan tajuk entri ini, mungkin ada yang rasakan perhimpunan'yang itu' tetapi bukan ye. Perhimpunan ini lebih bersih dan suci kerana ia penuh dengan pujian-pujian terhadap nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Alhamdulillah, pada tahun ini aku terlibat lagi dalam perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Melaka, dan amat jelas sekali sambutan pada kali ini begitu meriah sekali.

Oklah... Aku tak mahu banyak berceloteh, layan saja gambar-gambar perarakan Sambutan Maulidur Peringkat Negeri Melaka Tahun 2013 / 1434 Hijrah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Cukuplah beberapa gambar ni saja yang aku muat naik, kalau nak muat naik semua, mahu lebih 100 gambar yang aku ambil.  

Tuesday, January 22, 2013

SAYA ATAU AKU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya atau aku??? Masa mula-mula menulis blog dulu saya menggunakan kata ganti nama diri 'AKU' tapi kemudiaannya saya ubah semula kepada 'SAYA'.

Kini saya berfikir semula, penggunaan kata ganti nama diri 'SAYA' nampak seperti formal dan tak nampak 'mesranya'. Jadinya saya sekali lagi menukar keputusan untuk menggunakan semula perkataan 'AKU' sebagai kata ganti nama diri.


Bermula hari ini, saya akan memulakan semula perkataan 'AKU', harapnya tiadalah kejanggalan bagi mereka yang amat setia bertandang ke blog aku ni.

(Ps : Teringat pula pesan arwah nenek masa kau kecil-kecil dulu. "Jangan cakap 'aku', nanti Hantu Paku datang...")