Monday, January 21, 2013

BOBOIBOY : AKHIRNYA SEMPURNA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dikatakan bulan Disember 2012 miniatur BoboiBoy Kuasa Petir dan Gopal telah berada di pasaran. Pergi Kedai Mesra Petronas ini tiada, itu tiada, ahhh... agak kecewa. Saya memandu satu malam hanya sekadar untuk melengkapkan koleksi miniatur BoboiBoy namun sedikit hampa kerana masih tiada dalam pasaran.
 
Saya hanya mampu bersabar dan menjangkakan bahawa mungkin keluarannya agak lewat kerana penghabisan promosinya ialah pada hujung Januari 2013.
 
Sebelum ini saya telah membeli miniatur BoboiBoy Kuasa Angin dan Yaya serta BoboiBoy Kuasa Tanah dan Ying, dan kali ini saya telah berjaya melengkapkan semua koleksi miniatur BoboiBoy ini dengan pembelian terakhir iaitu BoboiBoy Kuasa Petir dan Gopal.
 
Nasib baiklah saya dapat beli dipenghujung bulan Januari 2013 ini, kalau tak pastinya akan terlepas sepertimana saya terlepas untuk mendapatkan koleksi Upin Ipin di Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC).
 
Okay, jom layan saja gambar koleksi miniatur BoboiBoy ini :
 
 
 
 

Apabila berada di dalam kotak
 
Apabila berada di luar kotak
Lengkap sudah...
 
Aik!! Ni siapa dengan BoboiBoy dan Yaya ni.....?

KANTOI BERCIUM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Perghhh... Tajuk untuk mencari publisiti murahan. Tapi memang benarlah ada orang kantoi diambil gambar sedang bercium, tapi bukan orang macam kitalah, cuma orang ini luar biasa sedikit. Jom cuba tengok...
 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 
 
Wah... Bercumbu-cumbuan nampak....
 
Ops... Orang Utan rupanya yang bercium... Hehe, jangan marah ye. Sebenarnya gambar ini bukannya saya ambil secara langsung (live), namun ia diambil dari salah satu poster Tourism Malaysia.
 
Sebenarnya, saya baru sahaja selesai bertugas di ruang pameran jabatan saya di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Karnival Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 pada 18- 20 Januari 2013. Jadi kebetulan ada masa terluang tu, saya ambillah beberapa gambar.
 
Nantikan pula entri saya berkaitan Karnival Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 yang saya hadiri.


Thursday, January 17, 2013

MILO : SETELAH LAMA MENYEPI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Hai.. Rasanya sudah agak lama tidak membeli-belah barangan Milo. Hari terakhir saya siarkan entri berkaitan barangan Milo adalah pada 15 Disember 2012 yang lalu iaitu tentang entri INI.
 
Melihatkan rakan-rakan seperjuangan Milo berdesap-desup mengumpul barangan Milo tanpa sempat menoleh kiri, kanan dan belakang, saya seakan sudah ketinggalan ke belakang. Jadinya saya kena bertindak cepat juga agar tidaklah jauh ditinggalkan ke belakang. Ditinggalkan itu pasti, tetapi taknaklah jauh-jauh sangat kena tinggal. Almaklumlah, saya ni pun baru setahun jagung dalam hobi kumpul mengumpul barangan Milo ni.

Baru-baru ini saya ada memborong 1 kotak barangan Milo yang dijual oleh seorang pengumpul. Dengan modal beberapa RM, dapatlah saya membeli barangan Milo ini. Jom lihat....
 
 
Bekas Kedap Udara
 
Bekas Alat Tulis (Sukan Sea Brunei 1999)
 
Botol-Botol Air Milo
 
Botol Air Lagi...
 
Botol Air Milo.. Jom Sedut..
 
Inilah keseluruhan yang saya beli baru-baru ni...
 
Agak-agak lepas ni mana lagi mau disumbatnya....