Thursday, January 10, 2013

SEMAKIN HARI SEMAKIN MENGHAMPIRI LIANG LAHAD

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berapa umur kalian, 20-an, 30-an ataupun sudah usia warga emas? Saya baru menjangkau awal 30-an namun saya seperti merasa sudah menghampiri usia tua dan seterusnya amat rapat dengan liang lahad.

Ya.. Kalau boleh semua orang mahu hidup lama di muka bumi ini, namun apakan daya hidup mati itu benar. Apabila mengingat satu hari nanti kita tetap akan mati, terasa juga betapa amalan yang dilakukan adalah benar-benar cukup atau tidak. Diterima Allah atau tidak.





Kita tidak boleh menyangka yang kita akan hidup sehingga umur lebih 60 tahun. Tidak mustahil esok, lusa kita akan mati. Itu semua kerja Allah. Allah yang Maha Esa dan Maha mengetahui. Mungkin mati akibat kemalangan, akibat sakit, siapa tahu?

Justeru, saya berpesan kepada sahabat-sahabat dan juga pada diri sendiri agar selalu mengingati mati kerana mengingat mati itu akan menjadikan diri kita akan terus bertakwa kepada Allah. Insyaallah.

(Ps : Saya selalu membayangkan, tiba-tiba bangun tidur, di kiri dan kanan adalah tanah. Oh.. Sudah mati rupanya)

THE SPINNING 9 BALLS #3 DALAM PROSES UNTUK DISIAPKAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Macam biasalah, sampai saja mood mahu melukis, saya pun mulalah melukis. Kali ini saya meneruskan kesinambungan karya abstrak THE SPINNING 9 BALLS dan THE SPINNING 9 BALLS #2. Kali ini saya cuba siapkan satu lagi siri THE SPINNING 9 BALLS iaitu THE SPINNING 9 BALLS #3.
 
THE SPINNING 9 BALLS #3 ini menyerupai siri-siri sebelumnya namun saya hanya menggunakan 2 warna iaitu hitam dan putih. Sekali pandang, nampak macam menarik juga warna hitan dan putih ini.
 
Saya mula dari pukul 8.00 malam tadi. Ingatkan nak siapkan malam ini juga. Tetapi mata ini tidak mengizinkan. Sudah mengantuk pula. Mungkin esok-esok boleh sambung lagi.
 
 
The Spinning 9 Balls #3 masih dalam proses pembikinan... :)

Tuesday, January 8, 2013

JANGAN SAMPAI JADI BEGINI WAHAI SAUDARA SEAGAMA ISLAMKU...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Orang-orang politik yang beragama Islam sama ada berkopiah putih atau bersongkok, tolonglah berasa amat prihatin kepada agama Islam kita yang suci ini. Jangan sekadar untuk mencari 'political mileage', sehinggakan Datuk Seri, Datuk-Datuk, Yang Berhormat sekalian sanggup untuk menggadaikan kesucian agama Islam kita dengan di sama-samakan dengan agama lain.
 
Ahli politik yang beragama Islam masing-masing kata menegakkan Islam. Yang di sini mengatakan negara ini negara Islam, di sana pula mengatakan memperjuangkan Islam, namun apabila pihak lain mahu menggunakan perkataan Allah di dalam agama mereka, kita hanya bertelagah sesama sendiri. Di manakah tindakan kita? Kita yang mempunyai kuasa di dalam negara, undang-undang kita yang luluskan tetapi mengapa kita takut laksanakan undang-undang.
 
Allah itu Esa, satu tiada duanya. Namun sanggupkah kita lihat agama lain juga menggunakan perkataan Allah sebagai tuhan mereka? Sekiranya mereka benar-benar mahu beriman dengan Allah, itu merupakan perkara yang digalakkan, namun jika mereka hanya mahu menggunakan perkataan Allah di dalam gereja, itu patut kita sangkalkan.
 
Mahukah suatu hari nanti kita mahu di Malaysia mempunyai gereja yang sebegini?
 
 
Sumber : Google Image
 
Sumber : Google Image

Kita yang sudah besar panjang ini pun agak sukar untuk menerimanya, apakan lagi kalau ada budak-budak yang melihatnya. Mahunya nanti budak-budak kecil akan berkata tuhan kita dan tuhan dia sama sahaja pasal menggunakan perkataan Allah.
 
Sekali lagi, saya menyeru (atau ada yang bersetuju dengan saya) agar orang-orang Islam di Malaysia ini perlu bersatu padu, bermuafakat, bermesyuarah sesama kita bagi memastikan Islam dan orang Islam tidak boleh dipermain dan diperkotak-katikkan oleh pihak lain. 
 
Andai kata politik orang-orang Islam lagi memecahbelahkan Islam, apa guna berpolitik???