Monday, January 7, 2013

SI BADAK BERENDAM DAN SI EPOK-EPOK SAYUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Pada satu petang yang damai, nada dering telefon bimbit saya berbunyi. Oh, rupanya ada mesej dari Abang Ngah saya yang berbunyi :
 
"Abah dengan mak ada di rumah Abang Ngah. Sape-sape gase nak minum petang, datang le..."
 
Memang petang itu saya dan isteri tiada apa-apa aktiviti, jadinya saya pun bersama isteri dan anak-anak pergilah ke rumah abang saya.
 
Sampai di rumah abang, sudah ramai juga adik beradik beserta suami / isteri dan anak-anak mereka yang sudah sampai. Sudah macam ada kenduri pula.
 
Kami disajikan dengan dua jenis kuih ini iaitu :
 
 
Kuih Badak Berendam

Kuih Epok-Epok Sayur
 
Dua-dua kuih ini memang kegemaran saya. Lebih-lebih lagi dibuat oleh emak saya sendiri. Memang sedap.
 
Di tempat anda, adakah nama lain bagi kuih ini?

ONE AND ONLY


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, minta maaflah kalau ada sesiapa yang tak minat seni. Baru-baru ini acapkali saya terbitkan entri berkaitan lukisan yang telah saya hasilkan seperti THE SPINNING 9 BALLS dan THE SPINNING 9 BALLS #2.

Hari ini saya sekali lagi ingin 'menayangkan' satu lagi hasil karya saya bertajuk ONE AND ONLY.





Karya ini merupakan karya abstrak yang mempunyai makna atau gambaran disebaliknya. Ada sesiapa yang perasan tak? Kalau ada sesiapa yang perasan cuba beritahu di ruangan komen, apa yang anda nampak?

Sunday, January 6, 2013

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH JUARA LAGU 27 (AJL-27)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
 
Ada sesiapa yang menonton Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL-27) sebentar tadi? Atau ada yang tak dapat menonton?
 
Hari ni saya nak berperanan sebagai wartawan hiburan pula, saya mahu paparkan keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL-27). Di samping itu saya mahu membuat sedikit ulasan dan kritikan melalui apa yang telah saya lihat.
 
JUARA
Terukir Di Bintang - Yuna
 
NAIB JUARA
Idola - Azlan & The Typewritter
 
TEMPAT KETIGA
Ku Akui - Hafiz
 
PERSEMBAHAN TERBAIK
Teman Penganti - Black & RJ
 
VOKAL TERBAIK
Ku Akui - Hafiz
 
Sedikit ulasan / kritikan untuk Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL-27) pada kali ini :
 
1. Kesan khas yang dipaparkan di pentas begitu berkesan sekali. Menarik.
 
2. Hos yang bertugas berjaya menjalankan tugasannya dengan sempurna. Tahniah buat Faizal Ismail dan Cheryl Samad.
 
3. Lebih baik penyanyi menumpukan dalam nyanyian, drama yang berlebihan agak membosankan. Adakah itu 'Typical Malaysian Artist' semasa membuat persembahan dalam pertandingan?
 
4. Semua penyanyi membawa lagu dengan baik maka tidak hairanlah mereka berhak ke pentas akhir. 
 
5. Pada keseluruhannya, Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL-27) agak menarik. 4 dari 5 bintang saya berikan. :)

:: Amacam, boleh jadi wartawan hiburan tak? Hihihi... ::