Friday, January 4, 2013

THE SPINNING 9 BALLS #2


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Kalau beberapa minggu dahulu saya telah membuat sebuah lukisan abstrak bertajuk The Spinning 9 Balls, kali ini sekali lagi saya membuat lukisan abstrak yang hampir menyerupai lukisan tersebut dan saya namakan ia The Spinning 9 Balls #2.
 
Sebenarnya saya berkarya adalah semata-mata untuk hobi @ mengisi masa lapang dan ianya hanya untuk digantung di dinding rumah saya. Namun, ada sesuatu yang tidak menyangkakan apabila seseorang telah 'terpikat' dengan lukisan saya yang bertajuk The Spinning 9 Balls dan beliau ingin membelinya.
 
Sekarang karya saya The Spinning 9 Balls telah saya hantar ke kedai untuk membingkaikannya (frame).

Ok, taknak cakap banyak, layan saja lukisan baru saya ini yang bertajuk The Spinning 9 Balls #2. :)

 
The Spinning 9 Balls #2

Tuesday, January 1, 2013

KUIZ MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Baru-baru ini ada membuat satu kuiz bagi memenangi sebuah gelas Milo di Fan Page FB Nescafe / Milo. Alhamdulillah ada juga penyertaannya walaupun tidak ramai.
 
Gelas Milo ini menjadi tawaran pada pemenang
 
 
Saya hanya mensyaratkan supaya peserta 'like' fan page FB saya iaitu fairus[dot]com dan membuat slogan iaitu SAYA NAK GELAS MILO INI KERANA... yang tidak melebihi 10 patah perkataan.
 
Antara slogan-slogan yang dihantar oleh peserta :
 
 




 
Dan pada tengah malam 31 Disember 2012 yang lalu, kuiz ini telah pun tamat. Setelah membuat pertimbangan, saya telah memilih slogan di bawah ini sebagai pemenangnya.

 
Tahniah kepada A-man Seven. Bagi yang tidak bernasib baik, boleh cuba lagi di lain hari.
 
 

Monday, December 31, 2012

2013 DATANG... APA AZAM BARU?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
 
Masuk tahun baru sahaja, pasti akan dikaitkan dengan azam.  Ada orang, tiap-tiap tahun pasang azam baru namun tidak dapat dicapai. Ada juga yang berjaya mencapai azamnya. Tidak kurang pula dengan mereka yang langsung tidak pernah memasang azam.
 
 
 
Begitu juga dengan saya. Tidak pernah menanam azam untuk jadi itu, jadi ini. Bagi diri saya sendiri, mungkin ia tidak berapa penting untuk menanam azam.
 
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang biasa menanam azam setiap tahun, baguslah. Paling tidak ia menjadi satu pemangkin untuk mencapai sesuatu azam.
 
Erm.. Ada sesiapa di sini memasang azam untuk dicapai pada tahun 2013? Cuba cerita sedikit apa azam kamu...
 
Ops.. Sebelum terlupa. Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Semoga tahun 2013 menjadi tahun yang cemerlang berbanding tahun-tahun yang lepas.