Friday, December 28, 2012

AKHIRNYA SIAP JUGA "THE SPINNING 9 BALLS"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Baru saja semalam saya membuat entri GIGIH MENYIAPKAN "THE SPINNING 9 BALLS", tak sangka pula dapat menyiapkan hari ini. Ini semua hasil gigih saya membuatnya bermula selepas maghrib hinggalah siap sebentar tadi.

Dan inilah hasilnya...


The Spinning 9 Balls


Buat Bulat-Bulat Saja

Main Conteng-Conteng

Calit-Calit Warna

Campur-Campur Warna Sikit


Budak-Budak Pun Boleh Buat Ni...
 

Akhirnya dapat juga saya gantungkan lukisan ini di ruang tamu rumah. Oppsss... Jangan percaya. Ini bukan rumah saya.. :) Tapi kalau dapat rumah macam ni, pergghhh... memang 'mari'.
 

GIGIH MENYIAPKAN "THE SPINNING 9 BALLS"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Sudah dua malam saya berusaha untuk menyiapkan sebuah lukisan abstrak yang bakal saya beri tajuk "THE SPINNING 9 BALLS". Ingatkan malam ini sudah boleh siap, namun mata pula mengantuk.
 
Lepas sudah siap mesti kena "touch-up" sedikit pula nanti. Mungkin hujung minggu ini siaplah.
 
The Spinning 9 Balls
 

Wednesday, December 26, 2012

KAIN SENDIRI TERSELAK TIDAK PERASAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entah kenapa zaman sekarang orang suka mencari kesalahan orang lain. Seboleh-boleh nak cari kesalahan orang lain. Kalau tidak nampak kesalahan tersebut, dikorek-koreknya sehingga terpapar semua kesalahan seseorang itu.

Apakah keseronokan yang dikecapi apabila dapat mencari kesalahan orang lain? Adakah diri kita ini sendiri sempurna sehinggakan secara sengaja dan terbuka untuk mencari kesalahan orang?

Bukankah elok sekiranya sesuatu kesalahan itu disusuli dengan nasihat yang berguna kepada si pelaku. 

Contohnya ; "awak sudah buat kesilapan, apa kata awak perbetulkan dengan melakukan ini, ini dan ini..."

Nampak elok sekiranya kita menasihat daripada terus menyelak kesalahan orang. Lebih elok kalau terus berdepan si pelaku yang membuat kesalahan dan menasihatinya dan bukannya mengaibkannya serta mendedahkannya kepada orang ramai. 

Kita sering perasan kita ini bagus, sebab itulah kita sering nak jatuhkan orang sedangkan diri sendiri tidak sebagus yang kita sangka. Selalu ingat diri sendiri sahaja yang betul sedangkan orang lain sentiasa salah. 

Saya suka katakan bahawa orang sekarang kalau kain orang lain koyak seberang sungai pun dia boleh nampak, sedangkan kain sendiri terselak dia tidak perasan.

Entri ini mungkin sangat berkaitan dengan entri INI.