Tuesday, December 25, 2012

MINAT MELUKISLAH PULA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Saya tidak pasti sama ada saya benar-benar minat melukis ataupun sekadar suka-suka untuk mengisi masa yang terluang. Bagi sesiapa yang biasa bertandang ke blog saya ini, pasti akan perasan beberapa hasil lukisan yang telah saya lukis.
 
Pada awal pagi Hari Krismas 2012 ini, saya sekali lagi telah menghasilkan sebuah lukisan. Saya gambarkan ia adalah sebuah lukisan abstrak.
 
Kali ini media yang saya gunakan ialah akrilik yang dilukis pada kertas keras. Kebiasaannya, bagi pelukis yang sudah pro, mereka melukis atas kanvas. Tetapi bagi saya yang sekadar hobi ini, gunakan kertas keras saja. Murah pun murah.
 
Sempat tangkap gambar berus lukisan

Baru-baru mula mewarna

Sudah hampir nak siap

Akhirnya... Siap pun...

Friday, December 21, 2012

SYAHADAH YANG SATU

Nyata Alam Kepenghujung,
Umat-Umat Tak Lagi Menyanjung,
Islam Agama Diperkatik,
Ulama Dipersetan,
Dikata Sesat,
Mufti Digambar Bak Anjing, Babi,
Ustaz, Pak Aji Digelar Busuk, Kotor,
Dimanakah Islam Kamu?

Islam,
Sana Islam Lain,
Sini Islam Kelain,
Mana Mungkin Bersatu,
Mereka Berhati Batu.

Kuman Seberang Sungai Lagi Dinampak,
Kain Koyak Terselak Peha Tidak Ditahu,

Oh.. Inilah Politik Islam, Melayu,
Kelak Lingkup Agama,
Lingkup Bangsa.

Cukup,
Tarik Nafas Dalam,
Istighfar,
Buang Ke Laut Hasad,
Campak Ke Hutan Dengki,
Bangsa Seagama Bersatu,
Ucap Syahadah Yang Satu.

F. B. Mamat
21 Disember 2012
Bukit Katil, Melaka

Thursday, December 20, 2012

ESOK HARI KIAMAT?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mengikut kalendar puak Maya mengatakan bahawa tarikh 21.12.2012 adalah hari di mana bermulanya Hari Qiamat.



Namun, bagi yang beragama Islam kita seharusnya tidak mempercayainya kerana kita semua sudah maklum bahawa tarikh Hari Qiamat hanyalah Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahuinya. 

Sama-samalah kita kuatkan iman kita supaya tidak dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu yang berkemungkinan ingin memesongkan aqidah dan pegangan Islam kita.