Saturday, December 15, 2012

MILO : ANTARABANGSA DAN PERCUMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Seronok rasanya dapat barang percuma. Apatah lagi barangan yang diperolehi adalah barang yang saya kumpul.
 
Baru-baru ini saya menerima beberapa barangan Milo yang diberi oleh sedara-mara saya yang berada di Singapura dan seorang lagi yang mengikut suami ke Jepun.
 
Barangan Milo dari Singapura yang saya dapat ialah :
 
Ini dia... Van Milo edisi Singapura. Memang agak berlainan dengan edisi Malaysia

Yoyo ini juga dari Singapura. Saya tidak pasti pula sama ada Malaysia pun ada keluarkan Yoyo sebegini
 
Selain itu saya juga menerima satu pek Milo dari Jepun. Sebenarnya saya minta dengan sedara saya tu melalui chat di FB. Saya minta kalau boleh yang tin punya, namun tin punya tiada, yang ada hanyalah jenis pek. Namun, walaupun pek, saya tetap hargai dan menyimpannya.
 
Pek Milo dari Jepun
Dan satu lagi barangan Milo yang saya terima ialah cawan kertas Milo 100 tahun Nestle. Ini Malaysia punya keluaran, bukan dari negara luar. Mokcu saya dari Kuala Lumpur yang beri.
 
Cawan kertas Milo. 2 biji yang besar tu saya dapat di Marry Brown
 

Friday, December 14, 2012

CERITA PENDEK : KEHILANGAN


Pagi itu F bangun tidur awal. Bunyi ketukan periuk, belanga, kuali berlaga-laga semasa kerja-kerja mencuci perkakasan kenduri kahwin jelas kedengaran.
 
Semalam majlis kerja kahwin adik bongsu F telah selesai diadakan. Mungkin itulah kali terakhir majlis kerja kahwin diadakan di rumah pusaka itu kerana kesemua sembilan adik beradik F telahpun berkahwin.
 
Tanpa lengah, F bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri kerana banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Selepas itu, F sempat menjamah sekeping roti canai sebagai pengalas perut.
 
Apabila keluar sahaja di muka pintu, terlihat sanak saudara sibuk mengemas. Ada yang mencuci periuk, kuali. Ada yang menyapu sampah. Ada yang menyusun dan mengira peralatan-peralatan yang disewa sebelum pemiliknya mengambil semula. Ada juga yang sedang berborak-borak kosong, barangkali berkisarkan majlis kerja kahwin semalam.
 
F membuat keputusan untuk membantu mengira peralatan-peralatan majlis perkahwinan. Satu persatu dikira. Dari pinggan mangkuk, gelas, meja, cengtong sehinggalah ke bekas mengisi air batu semuanya dikira dengan teliti.
 
Peralatan yang tidak cukup, dicari sehingga dapat. Namun, ada yang terus hilang tanpa dapat dikesan dan ada juga pecah. Semua itu dicatitkan pada selembar kertas untuk makluman kepada pemilik. Mungkin yang hilang atau pecah itu perlu diganti semula.
 
Jam menunjukan pukul 11.30 pagi. Kerja-kerja mengemas telahpun siap. Masing-masing hanya duduk di bawah khemah sambil menikmati hidangan kopi O dan nasi goreng.
 
Selesai menjamu selera, F kembali ke bilik tidur. Niatnya mahu berehat dan meregangkan badan yang lelah, namun F terus terlelap.
 
*****
 
F mempunyai seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil. Anak sulongnya lelaki berusia 4 tahun dan seorang lagi perempuan baru berusia 5 bulan.
 
Pada hari itu F sekeluarga amat teruja kerana hendak berpindah ke rumah yang baru. Rumah baru F merupakan sebuah kondominium yang betul-betul terletak di pusat bandaraya Melaka. Rumahnya terletak di tingkat tiga belas.
 
F membawa isteri dan kedua anaknya untuk melihat-lihat ke rumah baru mereka. Kondominium itu baru sahaja selesai dibina dan ini merupakan kali pertama F ingin melihat keadaan rumahnya.
 
Dalam perjalanan ke rumah baru, F terlibat dalam kesesakan jalan raya. Kesesakan tersebut berlaku di hadapan Stadium Hang Tuah, dahulunya dikenali sebagai Stadium Kubu. Kebetulan rumah baru F terletak berhampiran stadium tersebut, jadi terpaksalah juga F mengharungi kesesakan untuk ke rumah itu.
 
F berasa sedikit pelik. Kesesakan jalan raya berlaku disebabkan jumlah penonton yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium itu terlalu ramai. Dalam benak fikiran F berkata "game apa yang berlangsung pada petang ni?".
 
F sebenarnya sukakan pada sukan bola sepak. Dengan sifat ingin tahunya, F menurunkan cermin kereta lalu bertanya kepada seorang pemuda yang lagak dan gayanya ingin ke stadium.
 
"Bro, siapa lawan?" tanya F.
 
"Tak tahu ke? Petang ni Harimau Malaya lawan Thailand", jawab pemuda tersebut.
 
Dengan dahi berkerut F berkata, "Eh, biar betul... Bukan ke game dia minggu depan?"
 
"Diorang dah cepatkan. Game main petang ni", jawab pemuda itu.
 
"Apasal diorang main kat sini? Bukan kat Bukit Jalil ke?" tanya F yang kebingungan.
 
"Diorang main kat sini, saya pun tak tahu kenapa diorang tukar ke Melaka" jawab pemuda itu lalu terus berlalu.
 
Dalam hati F terus berkata, "patutlah ramai yang datang pakai baju Harimau Malaya".
 
Kurang lebih dua puluh minit mengharungi kesesakan di hadapan stadium, akhirnya F dan sekeluarga tiba di kondominium yang bakal menjadi kediaman mereka. F terus memandu kereta dan menuju ke basement untuk parkir kereta.
 
Keluar sahaja dari kereta, anak lelaki F, MF Junior berkata "ayah, MF Junior nak pergi tengok bola ye?
 
Sambil menutup pintu kereta F menjawab ringkas "pergi le".
 
F dan keluarga terus berjalan menuju ke lift untuk naik ke rumah mereka yang terletak di tingkat tiga belas. Perasan F begitu berkobar-kobar untuk melihat rumah baru mereka. Ketika mahu menekan butang lift, F baru perasan anaknya MF Junior tiada di sisi.
 
"Mana MF Junior?" tanya F kepada isterinya.
 
"Mana saya perasan, saya bawa si kecil ni" Jawab isteri F yang sudah mula cuak sambil mengendong anak kecilnya AA Junior.
 
Tengok bola! Tiba-tiba F teringat kata-kata terakhir MF Junior sewaktu mereka keluar dari kereta sebentar tadi.
 
"MF Junior pergi tengok bola? Aduh, mengapakah anak sekecil itu aku benarkan dia pergi sendirian" bentak hati F.  
 
F menyuruh isterinya terus naik ke rumah baru mereka sementara F sendiri pergi mendapatkan MF Junior. F kembali ke tempat parkir kereta, namun MF Junior tiada di situ. Sesekali F memanggil-manggil nama MF Junior namun tiada sahutan.
 
Keluar sahaja dari basement, F terserempak dengan seorang wanita cina yang sudah berusia lalu bertanya "Asoh, ada nampak budak kecil pakai baju biru, seluarpun biru?"
 
"Tala.. Tala lampak loo..." jawab wanita cina yang cukup pekat pelatnya.
 
"Aduh.. ke manalah budak ni? Takkan sekejab saja boleh hilang." Bisik hati F sendirian.
 
F tidak berputus asa, dia terus mencari di lorong-lorong yang memisahkan kondominium dengan bangunan-bangunan bersebelahan. Namun tetap gagal. MF Junior tidak dapat dikesan.
 
Lantas sekali lagi F teringat, MF Junior hendak menonton bola sepak. Memang jarak antara kondominium dan stadium tidak jauh, hanya kira-kira 200 meter sahaja. Mungkin juga MF Junior ke stadium.
 
"Tapi bagaimana hendak mencari di dalam stadium? Orang begitu ramai." F bertanya pada diri sendiri.
 
"Ah.. Apa-apapun, MF Junior perlu dicari" F mula bersemangat walaupun hatinya sudah mula berasa sayu.
 
Sampai sahaja di luar stadium, F ternampak dua orang anggota polis yang berkawal di situ. F melaporkan segala perihal kehilangan MF Junior kepada polis tersebut. Mereka berkata pihaknya akan berusaha bersama untuk mencari MF Junior.
 
F membuat keputusan untuk mencari MF Junior di dalam stadium pula. Sampai sahaja di kawasan tempat duduk berbumbung, jelas kedengaran dari pembesar suara stadium yang berteriak.
 
"Sesiapa ada ternampak seorang kanak-kanak lelaki lingkungan 4 tahun berbaju dan berseluar berwarna biru, sila serahkan kepada pihak FAM berhampiran pejabat stadium ini. Kanak-kanak tersebut dilaporkan baru sahaja hilang.
 
F terus cari dan mencari.  Satu pusingan stadium F berpusing mencari anak sulong kesayangannya itu. Air mata mula bergelinang. Mata F mula berkaca sesekali terus mengalir ke pipi.
 
Orang yang hadir ke stadium begitu ramai, agak sukar untuk mencari MF Junior di situ. F tanpa berputus asa terus mencari. Kadangkala dia berjalan sambil memerhati ke barisan penonton. Ada kalanya dia berlari-lari anak sambil-sambil berteriak nama MF Junior.
 
Sudah lebih satu jam F mencari di dalam kawasan stadium. MF Junior tetap gagal ditemui. Mata F mula bengkak. Air mata terus berjujuran.
 
F berlari keluar dari stadium untuk ke rumahnya. Sampai di rumah F terus menangis teresak-esak bak anak kecil dan terus mendakap isterinya.
 
"Abang tak jumpa MF Junior" Kata F kepada isterinya.
 
Dengan keadaan F yang terus berjujuran air mata, isterinya turut sama menangis menangisi kehilangan MF Junior.
 
"Mana abang nak cari lagi?" Tanya F kepada isterinya dalam keadaan yang amat teresak-esak.
 
"Marilah bang kita turun cari dia sama-sama" Jawab isteri F, yang turut mengalir air mata.
 
F dan isteri turun ke bawah dalam usaha sama-sama untuk mencari MF Junior. Seperti yang sebelumnya mereka terus mencari dan mencari di segenap sudut yang berkemungkinan MF Junior berada di situ. Namun, usaha mereka tetap gagal. MF Junior gagal ditemui. Tiada kesan atau jejak yang boleh dijadikan petunjuk.
 
F semakin pasrah. Sesekali dia seperti hilang pertimbangan. Berlari mencari sambil menangis teresak-esak dan memanggil-manggil nama MF Junior.
 
"MF Junior"
"MF Junior"
"MF Junioooooorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......!!!"
 
*****
 
F tersentak dari tidur. Terus terbangun. Seingatnya dia ada menyebut nama MF Junior semasa dia tersentak dari tidurnya tadi.
 
"Astargfirrullah... Mimpikah aku?" bisik hati F.
 
Seakan benar F rasakan. Lantas F terus bangun berdiri lalu keluar rumah. Dicari-carinya MF Junior. Tiada. Memang tiada. MF Junior tiada di situ.
 
Sekali lagi F mencari. Di halaman rumah tiada. Di belakang rumah tiada. Di khemah pun tiada. F terus memanggil-manggil MF Junior, yang selalunya dibahasakan dirinya sebagai 'abang'.
 
"Abang.... Abang...!!" F terus memanggil.
 
"Ye ayah. Abang kat sinilah." jawab MF Junior yang sedang bermain pasir di bawah rumah.
 
F terus memanggil anaknya lalu mendakap erat seperti lama dia terpisah dengan anaknya. Anaknya juga hanya kaku dalam pelukan F dan hanya membiarkan ayahnya memeluk erat. 
 
Dalam hati F berkata "syukurlah ianya hanyalah mimpi"
 
Nukilan :
Fairus bin Haji Mamat
14 Disember 2012

Thursday, December 13, 2012

PUNCA KEKALAHAN MALAYSIA KEPADA THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Semua sedia maklum Malaysia kalah kepada Thailand 2 - 0 sebentar tadi dengan aggregat 3 -1.
 
Selain daripada faktor mutu permainan skuad negara yang nampak lemah dan longlai, pihak Thailand dilihat dibantu oleh seorang pengadil yang bongok dari negara K-POP.
 
Memang nampak benar tidak perlu kad kuning kedua dikeluarkan kepada pertahanan negara, Fadhli Shas. Cuma ada sedikit pertengkaran tanpa ada apa-apa tindakan sentuhan fizikal yang dilakukan oleh beliau. Sebaliknya pemain Thailand bernombor 7 sebenarnya yang memulakan kekerasan dan provokasi.
 
Akibat dari kekurangan pemain lebih-lebih lagi pemain pertahanan, perlawanan mula tidak seimbang dan terus berpihak kepada pasukan Thailand.
 
Pengadil juga dilihat amat mudah melayangkan kad kuning kepada Mahali di minit-minit awal walaupun kekasaran yang dilakukan adalah yang pertama. Seharusnya amaran lisan adalah jalan yang terbaik.
 
Sudahlah tu, taknak ulas panjang lebar. Hati ada terbakar saja dengan pengadil malam ini. Pengadil memang hancur....
 
Ehsan dari Facebook
 
Apa-apapun tahniah Harimau Malaya. Sekurang-kurangnya kita sampai ke tahap separuh akhir...
 
Akhir kata....
 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 
PENGADIL
MEMANG
HAWAU