Friday, November 23, 2012

DURIAN CREPE OH DURIAN CREPE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa yang belum pernah merasai Durian Crepe lagi sila angkat tangan...! Sebenarnya saya pun baru-baru sahaja mengenali Durian Crepe ini.

Kebetulan sepupu saya baru menjual Durian Crepe, jadi saya mula mengenali Durian Crepe. Sekarang saya dan isteri pula menjadi ejen komisen bagi menolong menjual Durian Crepe dan permintaanya amat menggalakkan, sehingga tidak menang tangan sepupu saya membuatnya. 

Rasa Durian Crepe ini amat lazat sekali sehinggakan yang pernah membelinya akan membelinya lagi dengan kuantiti yang banyak.

Kelazatan Durian Crepe ini dapat digambarkan melalui status-status  di Facebook oleh para pembeli (tanpa paksaan).



BOTOL AIR MILO TIGA SERANGKAI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Baru-baru ini saya ada membeli 3 buah botol air Milo. Apa nak menariknya botol air ini ialah, saya berasa sangat dekat sahaja dengan botol air ini kerana saya masih lagi ingat bahawa saya pernah menggunakan botol air Milo sebegini semasa saya di sekolah rendah.

Saya bersekolah rendah pada tahun 1980-an, oleh itu usia botol air Milo ini telah menjangkau 20 tahun. Pergh... Lama juga tu. Saya bernasib baik kerana dapat membeli botol air Milo ini dengan harga yang amat berpatutan.

Jom layan saja gambar koleksi Milo terbaru saya ini :

Siapa pernah nampak botol air Milo begini?

Aksi mengayuh basikal

Aksi penjaga gol

Aksi bermain badminton.
Lepas ni ada lagi gelas Milo terbaru yang saya beli. Lagi nampak 'rare' siap dengan kotaknya sekali. Saya baru beli melalui Mudah. Esok baru penjual tu mahu poskan. Eeee.. Tak sabar menantinya. :)
 
(Ps : Tadi masa main futsal, ada amoi telefon nak beli cawan kopitiam Nescafe yang saya iklankan di Mudah. Hehehe... Ada duit keluar, ada duit masuk) 

Wednesday, November 21, 2012

DERMALAH WALAUPUN RM 1.00


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Perit rasanya hidup mangsa-mangsa serangan Zionis ke atas Gaza, Palestin. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kita harus bersyukur kerana hidup di bumi Malaysia yang aman damai, justeru, sama-samalah kita pelihara kedamaian ini bersama.
 
Berbalik pada isu di Gaza. Agak-agak apakah sumbangan kita? Mungkin ada diantara kita hanya menaruh perasaan simpati, sedih dan geram kepada Zionis, Israel yang melakukan kekejaman ke atas rakyat Gaza. Begitu juga bagi mereka yang memboikot produk keluaran Israel, manakala yang agak kurang mampu, sekadar mendoakan keselamatan mereka. Ini semua adalah baik untuk menunjukan sokongan kita atas apa yang terjadi pada rakyat Gaza.
 
 
 
Selain itu, kita juga boleh menderma kepada badan-badan tertentu yang sememangnya secara terus menerus membantu rakyat Gaza, Palestin seperti Aman Palestin, Aqsa Syarif, Tabung Haluan Palestin dan sebagainya.
 
Tapi, adakah kita sudah menderma? Dermalah walaupun dengan hanya RM 1.00. Rakyat Malaysia mempunya kurang lebih 28 juta orang. Kalau separuh daripadanya yang menderma, ia bererti kutipan derma adalah sebanyak RM 14 juta.
 
Jom, marilah menderma, sesungguhnya amalan menderma adalah amalan mulia. Apakan lagi kita menderma kepada mereka yang sangat memerlukan.