Wednesday, November 21, 2012

PUNCA HARIMAU MALAYA SERI DENGAN BANGLADESH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Aduh... Tak menang-menang juga Harimau Malaya. Piala Suzuki AFF 2012 sudah tidak lama lagi, namun prestasi skuad kebangsaan nampak begitu longlai sehinggakan hanya mampu seri 1-1 dengan Bangladesh.
 
Negara kita adalah penyandang juara, namun dari beberapa perlawanan antarabangsa yang telah berlalu langsung tidak nampak kita ini adalah juara Asia Tenggara.
 
"Come on" lah Harimau Malaya, kembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap bola sepak negara. Pasti ramai berasa sangsi dengan prestasi pasukan bola sepak kebangsaan masa kini.
 
Harapan saya agar pasukan Harimau Malaya terus bangkit di pertandingan Piala Suzuki AFF 2012 akan datang.
 
Eh, nak tahu ke kenapa Harimau Malaya sekadar seri dengan Bangladesh?? Lihat keratan akhbar ni :

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Sumber : Facebook
 

Opss.... Sekadar gurauan.. Jangan ambil serius. Tenang saja.., tentu Rajagopal ada ramuan rahsianya nanti.. :)

Friday, November 16, 2012

TAHUN BARU GAZA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Gaza diserang lagi!!! Begitulah "headline" pada awal Muharam 1434 yang diterima pada saudara kita di Palestin. Di kala umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan tahun baru dengan gembira, bercuti bersama keluarga atau berehat saja di rumah, tetapi bukan di Gaza. Mereka dalam ketakutan akibat menerima serangan dari Israel.
 
Ya, memang bukan sekali Gaza diserang, sudah banyak kali, namun serangan ini merupakan serangan yang terancang dan maha hebat dengan menggugurkan banyak nyawa sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata.
 
Dari jauh, hanya doa dapat kuiringkan kepada semua saudara-saudara di Gaza, semoga mala petaka yang menimpa mereka sekarang ditukarkan kepada sesuatu yang lebih baik bagi mereka. Amin.
 
Teringat kembali puisi yang saya tulis pada tahun 2009 berkenaan Gaza. Masa itu, Gaza juga diserang.
 
IMPIAN GAZA ... PALESTIN
 
Terpekik Terlolong Pinta Perhatian
Tiada Siapa Jiran Peduli
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Anak Bangsa Seagamaku Berlumuran Darah
Darah Mengalir Membasahi Bumi
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Peluru Menghujani Tubuh Yang Tak Berdosa
Bom Bom Meledak Bangunan
Sekolah, Masjid, Hospital Menjadi Lapang Sasar
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Apa Yang Ku Ada
Tiada Senjata, Tiada Perisai
Hanya Ketulan Batuan Menjadi Senjata
Hanya Sekujur Tubuh Menjadi Perisai
Dengan Kalimah Allahuakbar Kulempar Batuan Menjadi Peluru
Dengan kalimah Allahuakbar Kutahan Tubuh Menjadi Perisai Syahid

Impianku Allah Menghulur Bantuan
Seperti Ababil Menghapus Latnatullah

F.B. Mamat
9 Februari 2009 (2.55 Petang)
Bandar Hilir, Melaka


LIHAT JUGA >>> Impian Gaza ... Palestin

SALAM MAAL HIJRAH 1434

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
 
Mungkin entri ini agak terlewat kerana saya pulang ke rumah emak, di rumah emak tiada talian internet, oleh itu saya tidak dapat untuk membuat entri ucapan Maal Hijrah lebih awal.
 
Namun begitu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434 kepada semua yang mengenali diri ini terutama kepada pembaca tegar blog ini.
 
Saya mengharapkan agar pada tahun baru ini kita sama-sama dapat meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT.
 
Kepada rakan-rakan penulis blog, marilah kita saling ingat-mengingati dan berkongsi akan perkara yang membawa kepada kebaikan di dunia dan di akhirat.
 
Entri Tambahan :
 
:: Kata-kata FairusMamat ::