Tuesday, November 13, 2012

BERMAIN DI CELAH DAPUR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Kadang kala saya sendiri pening memikir tentang apa sebenarnya hobi utama saya. Saya suka menulis blog, mengumpul barangan Milo dan lain-lain barangan, dan kini saya mula berminat untuk melukis.
 
Ya, melukis.. Kenapa, tidak percaya ke? Hehe, saya bukanlah pelukis yang mahir, baru saja nak belajar. Saya belajar melalui lukisan-lukisan yang terdapat di Galeri Seni Rakyat dan Balai Seni Lukis Melaka dan juga belajar melalui video di You Tube.
 
Tak mahulah celoteh banyak sangat, layan sajalah aksi-aksi saya di celah dapur semasa menyiapkan sebuah lukisan. :)
 
Proses membuat latar belakang (back ground)

Teknik renjis-renjis bak merenjis air bunga mawar

Tatkala menanti ilham

Pandangan belakang, hampir siap dah ni.. :)

Inilah hasilnya. Lukisan abstrak.
 
Minta pandangan pada semua pembaca blog ini. Komen dengan ikhlas tentang lukisan ini. Kalau kata tak cantik pun tidak mengapa.

Monday, November 12, 2012

HEBATKAH MELAKA???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Saya ni bekerja di muzium di Bandar Hilir, Melaka. Kadang kala sedang duduk-duduk, saya selalu berfikir, hebat benar negeri Melaka pada suatu masa dahulu. Pelbagai negara yang datang tanpa diundang semata-mata mahu menguasai pelabuhan Melaka dan perdagangan Timur Barat.
 
Kedatangan Diego Lopez De Squeira di Melaka pada 1509. Pada ketika ini dilihat Melaka telah maju, mempunyai Kota pertahanan yang diperbuat dari batu dan kayu.
 
 
Dari Portugis, Belanda hinggalah ke British, semuanya menjajah kerana kepentingan Ekonomi. Namun ada juga yang berperanan untuk menyebarkan agama Kristian mereka.
 
Terpandang pula pada Bukit St. Paul. Menang strategik, bukit ini memang strategik sehinggakan di persekitaran kawasan inilah direbut-rebutkan oleh kuasa-kuasa Barat.  Dari puncak bukit ini jelas kelihatan sekeliling Kota Melaka dan amat baik bagi strategi pertahanan.
 
Serangan Portugis ke atas Melaka yang diketuai oleh Alfonso De Albuqueque. Kalau dilihat, tak ubah seperti peristiwa serangan di dalam Filem The Lord Of The Ring.
Begitu juga pada pentadbiran di Zaman Kesultanan Melayu Melaka, dahulunya Istana Sultan terletak di puncak bukit ini ataupun di kaki-kaki bukit. Sebelum dikenali sebagai Bukit St. Paul, dahulunya bukit ini adalah Bukit Melaka.
 
Oleh kerana bukit ini menjadi lokasi pertahanan yang strategik bagi kesemua kuasa Barat ini, terdapat perubahan nama bukit ini di masa mereka memerintah seperti :
 
Zaman Kesultanan Melaka - Bukit Melaka
Zaman Portugis - Bukit St. Paul
Zaman Belanda - Bukit St. Poulo
Zaman British - Bukit Bendera
 
Namun kini bukit ini terus dikenali sebagai Bukit St. Paul kerana terdapatnya Gereja St. Paul di puncak bukit tersebut. Namun pada pendapat saya, lebih elok sekiranya bukit ini dikekalkan dengan nama asalnya iaitu Bukit Melaka.
 
Di sini saya ingin kongsikan beberapa gambar di sekitar Bukit Melaka semasa zaman penjajahan.
 
Lakaran Fortaleza De Malaca (Kota Melaka) di Zaman Portugis

Kelihatan Kota Melaka yang dibina oleh Portugis masih digunakan pada Zaman Belanda. Belanda membuat beberapa tambahan bagi mengukuhkan pertahanan kota.

Gambar Zaman British. Tembok Kota Melaka sudah tiada lagi akibat dimusnahkan oleh British. Hanya Pintu Gerbang Santiago A.K.A Porta Da Santiago A.K.A A' Famosa saja yang tinggal.

Sunday, November 11, 2012

KIPAS LIPAS @ KIPAS KEBAS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Walaupun hobi saya "major" dalam mengumpul produk Milo namun saya juga mempunyai hobi mengumpul barangan yang lain seperti miniatur animasi, cawan kertas dan juga yang terbaru ini ialah kipas tangan.
 
Nak tahu kipas tangan yang bagaimana? Nah, lihat gambar di bawah ini.
 



Saya berpendapat peluang untuk mendapat lebih banyak kipas tangan seperti ini adalah besar kerana banyak jabatan kerajaan dan agensi swasta yang mengeluarkan produk free gift seperti ini. Produk sebegini banyak terdapat sekiranya ada program-program promosi, pameran, jualan dan sebagainya yang dijalankan oleh jabatan / agensi tertentu.
 
Terima kasih jugalah kepada brother blog Hobby & Collection kerana "membuka hati" saya untuk turut mengumpul kipas tangan seperti ini.
 
Sesiapa yang biasa dapat kipas tangan seperti ini, kalau tak digunakan, jangan buang, poskan kepada saya :)