Sunday, November 11, 2012

TIPU MAKAN DIRI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Allah itu Maha Adil, dalam sekelip mata sahaja orang yang menipu boleh terkantoi kepada orang yang ditipu.
 
Nak dijadikan cerita, malam semalam saya memberi mesej kepada seorang kakitangan supaya hadir ke suatu program yang perlu dihadiri pada pagi ini. Dia menjawab ringkas dengan menaip "tidak sihat". Itu saja mesejnya. Saya pun tidak peduli sangat, dah memang pun tahu ada saja alasannya.
 
Keesokan harinya saya sendiri yang pergi bersama kakitangan lain yang dapat bersama. Bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi, setelah selesai, selepas Maghrib baru tiba di rumah. 
 
Kebetulan pula isteri mengajak saya ke sebuah hotel di mana saudaranya melangsungkan perkahwinan, walaupun penat namun saya tetap pergi juga. Setelah solat Maghrib saya terus bersiap hendak ke kenduri kahwin tersebut. Jarak hotel dengan rumah saya tidaklah jauh, lebih kurang 5 kilometer sahaja.
 
Masuk saja ke dalam dewan hotel, meja-meja sudah dipenuhi para tetamu. Nasib baiklah juga masih ada tempat duduk yang kosong, jadi dapatlah saya sekeluarga duduk.
 
Dalam memerhati tetamu-tetamu di sekeliling, saya terpandanglah seorang kakitangan yang telah memberitahu saya yang dia "tidak sihat" malam kelmarin. Tak pastilah sama ada dia pun perasan saya atau tidak.
 
Saya nampak dia sihat-sihat saja. Makan pun elok saja. Tak nampak langsung macam orang tidak sihat. Dalam hati saya berkata "peghh.. berani lu kencing wa hidup-hidup...". Lepas ini, apa alasan yang dia beri memang saya sukar mahu percaya lagi. Cukuplah saya ditipu.

Entri Tambahan :

:: Kata-Kata FairusMamat ::

 

Friday, November 9, 2012

HARIMAU MALAYA BERTUKAR KEPADA ULAT GONGGOK MALAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kecewa.. Memang kecewa apabila melihat aksi perlawanan persahabatan antarabangsa bola sepak antara Thailand dan Malaysia tempoh hari. Harimau Malaya seakan patah taringnya apabila kalah dengan jaringan 2 - 0.

Bukan dengan Thailand sahaja, perlawanan persahabatan sebelum ini dengan Vietnam turut menerima nasib yang serupa, kalah juga.

Piala Suzuki AFF 2012 semakin hampir, namun pasukan negara masih belum mempamerkan aksi yang terbaik. Dengan permainan seperti dipamerkan pada kedua-dua perlawanan yang lepas, rasanya para peminat Harimau Malaya sedikit rasa risau tentang bagaimana kita hendak mempertahankan Piala Suzuki AFF yang dimenangi pada tahun lalu.

Lihat sahajalah tweet dari salah seorang 'peminat setia' Harimau Malaya yang terlalu kecewa dengan kekalahan demi kekalahan yang telah dihadapi oleh Harimau Malaya.
 

Alamak.. Harimau Malaya hendak ditukar kepada Ulat Gonggok Malaya? Dahsyat.. Dahsyat.. Bikin marah peminat Ultras Malaya saja si Azwan Haji Ali ni.

Erm.. Apa-apalah Azwan, nak kata apa pun pada pasukan negara, yang penting pemain negara harus segera sedar dan menyahut cabaran jutaan rakyat Malaysia yang inginkan Harimau Malaya sekali lagi menjuarai Piala Suzuki AFF.

(Ps : Tahun ni kalau tak jadi juara, apa kata cuba guna khidmat jurulatih dari negara luar)

BILA ANAK KECIL PUN BERSEDEKAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semasa mendengar khutbah solat Jumaat sebentar tadi, saya ada memerhatikan seorang kanak-kanak berusia lingkungan 8 ke 9 tahun berjalan ke arah pintu masuk masjid. 

Sambil berjalan dia membuka dompetnya dan mengeluarkan wang kertas lalu dimasukkan ke dalam tabung masjid yang terletak di muka pintu masjid tersebut.

Mari bersama kita amalkan sikap suka bersedekah

Di dalam hati terdetik betapa mulianya anak kecil itu dan terus menginsafi diri yang kadangkala agak lalai untuk mengeluarkan duit untuk menderma ke tabung masjid. Sedangkan sudah termaktub bahawasanya sedekah amal jariah merupakan amalan yang tidak terputus apabila seorang Muslim meninggal dunia.

Dari Abu Hurairah R. A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda "apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya"

Mudahnya :

1) Bersedekah ke jalan Allah S.W.T
2) Memberi ilmu yang bermanfaat
3) Doa dari anak yang soleh

(Ps : Andaikata apa yang saya kongsikan ini juga tergolong dari "memberi ilmu yang bermanfaat",  alangkah syukurnya)