Friday, November 9, 2012

I'M NOT A PHOTOGRAPHER


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya bukanlah seorang jurukamera handalan, apatah lagi mempunyai kamera yang canggih manggih. Namun saya mempunyai minat dalam bidang menangkap gambar. 

SILA KLIK DI SINI


Namun apakan daya, kamera Olympus cokia saya  sudah rosak, sekarang hendak ambil gambar pun sudah tidak boleh. Mengharapkan kamera telefon bimbit isteri saya sahaja.

Entah bila mahu beli kamera yang baru di masa pelbagai keperluan kewangan hendak digunakan, dengan kereta yang kemek untuk diperbaiki, adik bongsu yang hendak berkahwin dengan orang utara (Perlis), dengan perancangan percutian ke Langkawi. 

Huh.. Ada yang sudi hadiahkan kamera?? :)

APABILA WARTAWAN TIDAK BUAT "RESEARCH"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Sekarang bermacam-macam cara yang dilakukan untuk menjual sesuatu produk. Begitu juga dengan syarikat surat khabar, pelbagai cerita-cerita hangat dikeluarkan demi menarik ramai pengguna untuk membeli surat khabar mereka.
 
Ada sebuah akhbar baru saja mendedahkan tentang seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Melaka didakwa telah terakam gambar hantu berdekatan sebuah lift.
 
Gambar hantu yang didakwa dirakam. Sumber : Klik
 
Rasanya, tanpa membuat sebarang research, wartawan akhbar tersebut terus membuat cerita 'hangat' tersebut demi untuk menghasilkan cerita yang menarik.
 
Namun, akhirnya tembelangnya pecah apabila terdapat seorang penulis blog berjaya mengesan penipuan gambar hantu tersebut yang sememangnya banyak digunakan hasil daripada kerja-kerja pengeditan gambar. Boleh lihat di blog ini >>> klik.
 
Moralnya di sini ialah, apabila kita hendak mengarang sesuatu cerita, haruslah membuat kajian terperinci terlebih dahulu, bukan setakat main suka-suka buat cerita. Akhirnya siapa yang malu, mereka dan keluarga mereka juga. Syarikat surat khabar yang akan menanggung malu akibat kejahilan seorang wartawan.
 
Namun, untuk tidak terlalu berat sebelah, kita manusia memang kerap membuat kesilapan, mungkin kesilapan wartawan tersebut pada kali ini ialah tidak membuat research terlebih dahulu. Jadi sama-samalah saling ingat-mengingati. Ada salah tegur, jangan terus menghentam tidak tentu pasal.

Thursday, November 8, 2012

SIMBOL DI FACEBOOK UNTUK "UNLIKE" : AMARAN 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Apa khabar pembaca semua? Harap sihat-sihat sahaja. Terlebih dahulu saya mohon maaf sekiranya entri ini agak "kasar" sedikit. Bagi mereka yang boleh menerimanya okaylah, bagi sesiapa yang tidak boleh menerimanya, sejuta kemaafan saya pohonkan.
 
Facebook. Laman sosial popular seantero dunia di mana kita boleh berhubung dengan sesiapa dan kita boleh "update status", lihat gambar, memberi komen, menyukai status seseorang dengan menekan butang "like" dan sebagainya.
 
Tapi sekiranya kita tidak menyukai sesuatu status, simbol apakah yang boleh digunakan? Facebook hanya mencipta simbol "like", bagi yang tidak suka, simbol apa pula yang digunakan?
 
Ada pihak yang cuba mencipta simbol terbaru untuk mengimbangi simbol "like", namun saya tidak berapa setuju. Tapi terpulanglah pada pandangan masing-masing.
 
Unlike
Simbol terbaru bagi yang "unlike". Ada ke patut?
 
(Ps : Ada yang band blog saya ni pula nanti)