Saturday, September 8, 2012

BARTER TRADE MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Kalau suatu masa dahulu, negeri Melaka terkenal dengan pelabuhan barter trade, kini kaedah barter trade ini telah saya gunapakai untuk menukar barangan Milo dengan collector yang lain.
 
Baru-baru ini saya telah ditawarkan untuk menukarkan barangan Milo yang saya ada kepada barangan Milo yang masih lagi tiada dengan seorang collector wanita yang saya panggil Kak Rina. Beliau juga seorang collector barangan Milo disamping juga mengumpul pinggan mangkuk lama.
 
Kebetulan saya ada sejenis gelas Milo dalam koleksi saya mempunyai 12 biji dan Kak Rina ingin menukar barangannya dengan saya, maka saya pun saling bertukar dengan koleksinya yang masih lagi tiada dalam koleksi saya. Ini dikatakan win win situation di mana saya dapat barangan Milo yang masih saya tiada dan Kak Rina juga dapat barangan Milo yang dia belum ada.
 
Gambar di bawah ini merupakan koleksi terbaru saya di mana beberapa darinya ialah hasil barter trade dengan Kak Rina.


Barang-barang yang saya barter trade dengan Kak Rina :




Yang ini pula, ada seorang awek dari rakan bloggers yang memberi saya beg bola Milo ini. Kebetulan dia ada buat projek eskavasi Kota Melaka, jadi dapatlah berjumpa dan dia telah serahkan beg ini pada saya. Terima kasih banyak-banyak ya Cik Hidayah. :)


Selain itu, ada juga barangan baru yang saya beli yang diterbangkan dari negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Pos dari Sabah ke Melaka dengan Pos Laju hanya memakan masa 1 hari saja. Memang lajulah Pos Laju ni. Cayalah...


Okaylah... Siapa yang mahu layan koleksi Milo saya satu demi satu, bolehlah layari laman blog saya yang khusus untuk Koleksi Milo. Jom layan......... (klik pada gambar di bawah)

Thursday, September 6, 2012

GANGNAM STYLE = SAYA INGIN MENJADI YAHUDI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenar-benar pada mulanya saya tidak tahu menahu langsung pasal Gangnam Style ini. Saya mula tahu wujudnya Gangnam Style setelah membaca entri di blog mommyfara. Itu hanya tahu kewujudanya saja, belum lagi saya betul-betul tahu apa itu Gangnam Style.

PSY, Gangnam Style

Nak dijadikan cerita, satu malam saya cubalah melayari You Tube untuk mengetahui apakah itu Gangnam Style. Pada mulanya saya fikirkan ia merupakan "boyband" dari Korea, tetapi sebenarnya seorang penyanyi solo bergelar PSY yang tariannya yang agak luar biasa sehingga menjadi ikut-ikutan orang ramai.

Yang agak menakjubkan ialah sambutan yang tidak terhingga telah diterima oleh penyanyi ini sehinggakan di You Tube, jumlah hit yang menonton klip video Gangnam Style ini mencecah berjuta-juta hit.

Baru ni pula terdengar pula sesuatu yang negatif pasal Gangnam Style. Ada pula seseorang yang menyatakan bahawa maksud Oppa Gangnam adalah "Saya Ingin Menjadi Yahudi". Saya tidak pastilah samaada ada yang  akan terus mempercayainya tanpa usul periksa.

Melalui apa yang saya baca di blog dan facebook, jelas menidakkan maksud Oppa Gangnam ialah Saya Ingin Menjadi Yahudi. Melalui apa yang saya faham maksudnya seperti berikut :

OPPA = Panggilan hormat kepada lelaki yang lebih tua seperti abang atau encik.

GANGNAM = Salah satu nama tempat yang terdapat di Bandar Seoul, Korea Selatan. Jika dilihat hasil dari carian saya menerusi Google Map, jelas menunjukan Gangnam itu terletak di Korea.

Lokasi Gangnam
Oleh yang demikian, sekali lagi saya ingin katakan bahawa sila pastikan kebenaran sesuatu berita / khabar / kenyataan sebelum kita mengiyakannya. Walaupun niatnya mungkin baik supaya tidak mahu melekakan Orang Islam dengan Gangnam Style, namun dalam menyampaikan sesuatu hendaklah betul dan bukan dengan cara menipu.