Thursday, August 30, 2012

COCA COLA LAH PULA...!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi sesiapa yang biasa dengan blog saya ini semestinya akan kaitkan saya dengan Milo. Tetapi hari ini, bukan pasal Milo yang saya mahu ceritakan, tetapi pasal Coca Cola.

Coca Cola... Siapa tak kenal, jenama minuman terkenal seantero dunia. Bukan niat saya untuk mempromosikan Coca Cola. Sudah lama saya tidak minum air Coca Cola. Cuma apa yang saya kongsikan ialah gelas Olimpik 2012 Coca Cola yang sedang berlegar di pasaran di restoran Mc Donalds.

Saya baru sahaja membeli 1 set (6 buah) gelas ini dengan harga RM 12.00++. Amat berbaloilah juga jika dibandingkan semasa ia mula-mula dikeluarkan. Sekiranya saya tidak silap, pada mula-mula ia dijual di restoran Mc Donalds, harganya sekitar RM 6.00++ bagi sebuah gelas.

Nasib baiklah saya tidak terlalu gopoh untuk membelinya terlalu awal. Rupa-rupanya boleh dapat lagi murah. Oklah.. Jom layan saya koleksi gelas Olimpik 2012 Coca Cola ini.






Sunday, August 26, 2012

BERHARI RAYA BERSAMA MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Sudah lama juga tidak mengemaskini blog ni. Sudah hampir nak naik sawang dah. Almaklumlah, beraya di rumah emak, tiada talian internet di sana. Kepada sesiapa yang berkenaan, kita masih lagi di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, justeru saya sekali lagi memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan yang telah saya lakukan.
 
Walaupun sibuk berhari raya, namun Milo tetap tidak dilupakan. Semasa berjalan beraya, mata melilau juga memerhati dapur orang, manalah tahu ada barang-barang Milo yang boleh dijadikan koleksi, hehe...
 
Nak dijadikan cerita, Hari Raya ini tiadalah apa yang menarik sangat tentang Milo pun. Cuma adalah beberapa barang yang saya beli via Mudah.My dan satu gelas pemberian abang. Semuanya sudah diambil dan tersimpan sebagai koleksi saya.
 
Jom layan saya koleksi terbaru ini. Sekiranya mahu melihat gambar "close up", klik di sini ---> http://koleksimilo.blogspot.com/

Yang berwarna coklat tu dengar ceritanya memang retro

Friday, August 17, 2012

HAK BERMAIN HAK KAMI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Begitu hebat pengaruh televisyen terhadap kanak-kanak. Itulah yang mampu saya katakan. Dulu, masa kita kecil-kecil memang suka meniru apa saja aksi yang keluar dari kaca televisyen. Kini, kita pula perhatikan gelagat anak-anak kita yang turut meniru apa saja yang terpapar di kotak ajaib yang mengeluarkan gambar dan suara itu.

Apa tidaknya, apabila menonton cerita KL Gangster dahulu, sampai ke hari ini anak saya boleh menghafal beberapa skrip dari filem itu. Siap buat aksi-aksi lagi. baru-baru ini ada membelikan dia pedang mainan. Tak sempat balik rumah, dalam pasar raya juga dia main. Siap mengacah-acah orang ramai yang berlalu di hadapan dia. Erm.. Macam-macamlah.., puas ditegurnya.

Itu tidak mengapa ada pula satu hari tu, saya menegur anak saya supaya berhenti bermain di luar rumah. nak tahu apa dia cakap? Dia cakap "HAK BERMAIN HAK KAMI".... Aduhai... What can I say?? Ini semua angkara iklan di bawah ini.

Erm.. Sudah betullah tu, bapa collect barangan Milo, anak pun suka tiru iklan Milo.