Wednesday, August 8, 2012

MILO : AKHIRNYA SEMPURNA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa yang sempurnanya? Bukan sempurna apa pun, cuma yang sempurnanya ialah saya berjaya mengumpulkan keempat-empat gelas Milo edisi terhad yang sedang berada di pasaran sekarang.

Erm.. Memang banyak dugaan betullah semasa mahu mendapatkan gelas-gelas ini. Sudahlah mendapat info berkenaan kemunculannya di pasaran. Cari punya cari di pasaraya besar, haram tiada menjualnya. Dua, tiga pasaraya jugalah cari pergi mencari, hasilnya mengecewakan.

Nak dijadikan cerita, isteri saya pergi ke kedai runcit dan telah menemui pek Milo yang mempunyai barangan percuma berupa gelas Milo ini. Kerana beliau mengetahui akan niat saya sedang mencari gelas Milo ini, akhirnya beliau membelikan satu pek Milo dan percumanya gelas Milo edisi 1990-an.

Dalam menghampiri musim perayaan ini, saya mula membajet kewangan saya. Bagaimana agaknya saya mahu memperolehi kesemua gelas ini? Akhirnya saya SMS abang-abang dan kakak saya supaya membeli Milo dengan saya. Mereka bersetuju dan dengan pantas saya ke kedai runcit yang sama untuk mendapatkan 3 pek lagi Milo 1 kilogram berserta gelas-gelasnya sekali. 

Fuh, panjang juga ceritanya untukmendapatkan gelas Milo ini. Sudahlah, layan saja koleksi Milo terbaru yang saya peroleh ini... :D

Dalam kotak lagi tu...

Baru lihat luar, sudah terbayang apa di dalamnya

Ehem... Ehem...

1950-an

1970-an

1990-an

2012

# 27 WORDLESS (WAJAH BARU?)

OLIMPIK LONDON 2012 : SATU PENILAIAN RINGKAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukan Olimpik 2012 kini sudah hampir sampai ke penghujungnya. Bagi peminat sukan pastinya setiap hari tidak mahu melepaskan aksi-aksi sukan yang bersiaran secara langsung di kaca televisyen. Tidak ketinggalan juga "cakap-cakap orang" mengenai penganjuran Sukan Olimpik 2012 kali ini yang diadakan di kota London.

Olympics London 2012

Sebelum bermulanya Sukan Olimpik ini lagi telah ada yang membuat penilaian sendiri bahawa Sukan Olimpik 2012 ini dipengaruhi oleh Protocol of Zion. Ini dapat dilihat dari logo Sukan Olimpik 2012 itu sendiri yang mana apabila "ditunggangterbalikan" akan kelihatan seperti perkataan ZION. Begitu juga dengan maskot untuk Sukan Olimpik 2012 yang bermata satu yang mempunyai perumpamaan seperti lambang Illuminati. Selain itu ada juga lambang-lambang seperti Illuminati yang terdapat di stadium.

Protocol Of Zion???


Persoalannya, ini adalah dirancang ataupun kebetulan?

Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa Sukan Olimpik 2012 ini adalah penghinaan terhadap masyarakat Islam. Sekiranya mereka mahu menghormati Islam, pastinya sukan ini tidak dibuat pada bulan Ramadhan iaitu bulan di mana masyarakat Islam berpuasa. Apabila berpuasa, sukan-sukan yang memerlukan tenaga yang kuat pastinya tidak dapat diberikan tenaga 100% oleh mereka yang berpuasa dan bermakna mereka akan ketinggalan lalu menanggung kekalahan.

Kemudiannya bagi kita yang beragama Islam yang menonton ini pun terpalit sama dosa-dosa dengan melihat aurat atlit-atlit wanita yang terdedah di situ, terdedah di sini. Sudahlah berdosa melihat aurat wanita, pahala berpuasa juga akan berkurangan.

Begitu juga perihalnya semasa pembukaan rasmi Sukan Olimpik London 2012, ada yang berpendapat bahawa ianya ada unsur-unsur penghinaan terhadap Nabi Allah Musa. Jika hendak mengetahui lanjut, bolehlah layari sesawang ini --> KLIK

Apa yang ditulis ini hanyalah penilaian ringkas dari saya apabila terbaca beberapa maklumat dari beberapa blog dan facebook berkenaan Sukan Olimpik London ini. Terpulanglah sama ada anda mahu bersetuju atau sebaliknya. Namun, dalam pendapat peribadi saya, adalah tidak mustahil unsur-unsur Zion dan Illuminati turut terbabit dalam penganjuran Sukan Olimpik ini.

Oleh yang demikian, kita sebagai orang yang boleh mempunyai akal fikiran, fikirlah yang mana baik dijadikan tauladan dan yang buruknya dijadikan sempadan.