Wednesday, August 8, 2012

OLIMPIK LONDON 2012 : SATU PENILAIAN RINGKAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukan Olimpik 2012 kini sudah hampir sampai ke penghujungnya. Bagi peminat sukan pastinya setiap hari tidak mahu melepaskan aksi-aksi sukan yang bersiaran secara langsung di kaca televisyen. Tidak ketinggalan juga "cakap-cakap orang" mengenai penganjuran Sukan Olimpik 2012 kali ini yang diadakan di kota London.

Olympics London 2012

Sebelum bermulanya Sukan Olimpik ini lagi telah ada yang membuat penilaian sendiri bahawa Sukan Olimpik 2012 ini dipengaruhi oleh Protocol of Zion. Ini dapat dilihat dari logo Sukan Olimpik 2012 itu sendiri yang mana apabila "ditunggangterbalikan" akan kelihatan seperti perkataan ZION. Begitu juga dengan maskot untuk Sukan Olimpik 2012 yang bermata satu yang mempunyai perumpamaan seperti lambang Illuminati. Selain itu ada juga lambang-lambang seperti Illuminati yang terdapat di stadium.

Protocol Of Zion???


Persoalannya, ini adalah dirancang ataupun kebetulan?

Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa Sukan Olimpik 2012 ini adalah penghinaan terhadap masyarakat Islam. Sekiranya mereka mahu menghormati Islam, pastinya sukan ini tidak dibuat pada bulan Ramadhan iaitu bulan di mana masyarakat Islam berpuasa. Apabila berpuasa, sukan-sukan yang memerlukan tenaga yang kuat pastinya tidak dapat diberikan tenaga 100% oleh mereka yang berpuasa dan bermakna mereka akan ketinggalan lalu menanggung kekalahan.

Kemudiannya bagi kita yang beragama Islam yang menonton ini pun terpalit sama dosa-dosa dengan melihat aurat atlit-atlit wanita yang terdedah di situ, terdedah di sini. Sudahlah berdosa melihat aurat wanita, pahala berpuasa juga akan berkurangan.

Begitu juga perihalnya semasa pembukaan rasmi Sukan Olimpik London 2012, ada yang berpendapat bahawa ianya ada unsur-unsur penghinaan terhadap Nabi Allah Musa. Jika hendak mengetahui lanjut, bolehlah layari sesawang ini --> KLIK

Apa yang ditulis ini hanyalah penilaian ringkas dari saya apabila terbaca beberapa maklumat dari beberapa blog dan facebook berkenaan Sukan Olimpik London ini. Terpulanglah sama ada anda mahu bersetuju atau sebaliknya. Namun, dalam pendapat peribadi saya, adalah tidak mustahil unsur-unsur Zion dan Illuminati turut terbabit dalam penganjuran Sukan Olimpik ini.

Oleh yang demikian, kita sebagai orang yang boleh mempunyai akal fikiran, fikirlah yang mana baik dijadikan tauladan dan yang buruknya dijadikan sempadan.

Monday, August 6, 2012

TIN MILO LAMA TAPI BARU???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum ini saya ada siarkan gambar tin Milo bercorak 1950-an, dan pada kali ini saya mahu tunjukan koleksi terbaru saya iaitu tin Milo baru tetapi coraknya menyerupai keluaran 1970-an. Keterujuaan saya untuk mendapatkan tin edisi terhad ini adalah tinggi, namun saya masih gagal untuk mendapatkan 2 lagi tin edisi terhad keluaran tahun 1990-an dan 2012. Saya akan sedaya upaya untuk mendapatkannya tetapi sekiranya tidak dapat, nak buat macam mana, terpaksalah menunggu orang menjualnya.

Tidak mahu berceloteh panjang, memang tujuannya untuk memaparkan gambar tin Milo ini, jadinya layan saja koleksi terbaru saya ini.. :-)

Beginilah rupanya tin Milo era 70-an

1970-s A.K.A 1970-an

Edisi terhad tu bro...

Perghh... Terbaik.

Sunday, August 5, 2012

MILO : TAK MAIN POS YE...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Erm.. Masih lagi bersiaran mengenai Milo. Hari ini saya mahu ceritakan sedikit tentang satu lagi koleksi terbaru saya iaitu gelas Milo. Bukan satu, bukan dua, tetapi dua belas biji gelas Milo dalam satu harga yang amat munasabah.

Saya terperasan gelas Milo ini diiklankan di Mudah.my. Dengan segera saya mesej pengiklan gelas Milo tersebut tetapi malangnya dia berada di kawasan Kuala Lumpur dan tidak mahu menjualnya secara pos dan hanya mahu jual secara terus (Cash On Delivery).

Mula-mula saya "matikan air" saja, kemudiannya saya teringat seorang adik saya tinggal di kawasan Kuala Lumpur. Apa lagi, saya pun bincanglah dengan dia untuk menolong saya untuk mendapatkan barangan tersebut. Dan akhirnya gelas-gelas Milo ini dapat saya miliki dan telah selamat sampai ke rumah saya hari ini.

Okaylah.. Apa kata layan saja koleksi terbaru ini... :-)

Datangnya di dalam kotak

12 biji semuanya

Saja mau susun cantik-cantik :)

Ada yang pernah perasan gelas Milo sebegini?