Sunday, July 29, 2012

KE SEKOLAH DENGAN MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Memang tidak dinafikan, sejak bertahun lamanya minuman Milo telah terpahat dalam hati masyarakat Malaysia. Sekiranya di Barat atau negara lain, pastinya ada pelbagai jenama untuk minuman koko tetapi minuman koko di Malaysia ialah MILO. Ada ke kita dengan orang kita meminta minuman koko panas atau koko ais? Tidak, mereka akan katakan Milo panas, suam, ais atau tarik. Begitulah hebatnya penangan Milo di Malaysia.

Begitu juga dengan sukan. Milo dengan sukan tidak dapat dipisahkan. Ada sukan, adalah Milo. Syarikat Milo pula memang strategi mereka menunjukkan Milo ini boleh menyebabkan seseorang akan cergas dan kuat sepertimana slogannya sejak dulu lagi iaitu Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat.

Bagi untuk kanak-kanak sekolah tentu sekali akan menyukai barangan percuma dari Milo berupa peralatan sekolah seperti beg sekolah, kotak pensil, pemadam, pensil, pembaris dan lain-lainnya. Kalau boleh, semuanya mahu dari jenama Milo.

Dalam bercerita tentang peralatan sekolah ini, saya baru sahaja membeli beberapa barang Milo yang berkait rapat dengan peralatan sekolah dan juga barangan yang penuh nolstalgia bagi sesiapa yang pernah satu ketika dahulu menggunakan perlatan Milo ini. Apa kata, layan gambar koleksi saya di bawah ini. :)
Bekas alat tulis Milo.. Masih belum dibuat kajian tahunnya, mungkin dalam 80 ke 90-an

Ini pun samalah. Mungkin dari tahun 80 ke 90-an

Siapa pernah ada pembaris Milo ini? Angkat tangan....

Pensil Milo masih dalam keadaan baik

Ini beg sandang Milo sempena Le Tour De Langkawi 2001. UUii.. Dah 11 Tahun usianya ni.

Friday, July 27, 2012

TERINGAT SAJAK PUASA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sambil-sambil menunggu ketibaan marghrib ni, teringat pula pada sebuah sajak yang telah saya nukilankan pada bulan puasa yang lepas. Rasa-rasanya 2 tahun yang lepas saya karang sajak ini.

Ia bukanlah sebuah sajak yang panjang. Ianya pendek dan ringkas sahaja. Apa kata sama-sama layan setiap bait kata-kata puitis ini. :)

Jom layan ----> SAJAK : AKU SEDANG PUASA

Thursday, July 26, 2012

KATA SPONTAN NO 16 : BAGAIMANA PUASA SAYA???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beginilah keadaan saya walau bukan di bulan puasa. Namun apabila bulan puasa saya juga tidak terlepas dari memandang wanita-wanita Mat Saleh yang baju terdedah di dada. Amoi-amoi dari China, Jepun dan Korea yang betis dan peha putih melepak. Bukan sengaja nak pandang, tapi terpandang.

Nak buat macam mana? Sudahnya bekerja di industri pelancongan. Kiri, kanan, atas, bawah atau mana-mana saja saya berlalu pasti akan terserempak dengan mereka-mereka ini.

Timbul persoalan di dalam batu jemala.., bagaimanakah puasa saya?