Wednesday, July 25, 2012

JANGAN ASAL JADI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan-bulan puasa ini, maka banyaklah pasar-pasar Ramadhan atau lebih popular dikenali sebagai Bazaar Ramadhan yang tumbuh dengan hebatnya bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tak kiralah siapa peniaganya sama ada memang biasa meniaga, ada yang mempunyai kedai makan atau yang meniaga setahun sekali di Bazaar Ramadhan.

Alhamdulillah, ramai sekarang umat Islam meniaga. Apatah lagi dalam Islam ada menyatakan bahawa punca rezeki adalah datangnya dari perniagaan.

Namun... Dalam kita meniaga, kenalah pastikan kualiti makanan kita itu bagaimana. Bersih ke? Sedap ke? jangan kita buat asal jadi makanan, kita pun jual. Aduhai.., yang menjadi mangsanya ialah pembeli. Ya... Pembeli macam saya. Sudah 2 kali saya membeli juadah untuk berbuka namun hasilnya apabila dimakan semasa berbuka amat mendukacitakan. Sudahlah perut lapar, dapat pula makanan sedemikian rupa. Makan tetap makan, lepas makan ucap Alhamdulillah juga, namun dalam hati, sukar saya ungkapkan dengan kata-kata.

Saya tahu, semua orang berpuasa. Saya berpuasa, peniaga pun berpuasa, tidak boleh untuk mencuba makanan itu terdahulu. Tetapi sebagai peniaga seharusnya kita membuat satu uji kaji dahulu sebelum kita menjual makanan kita. Rasa dulu macam mana, sedap ke? Kalau tak sedap, janganlah sesekali nak jadikan pembeli mangsa ketidaksedapan makanan itu.


# 26 WORDLESS (ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA)


# 25 WORDLESS (TUA DAN TIDAK SUBUR)