Sunday, July 22, 2012

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Agak terlewat 1 hari untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua teman-teman penulis blog yang senantiasa tidak jemu-jemu bertandang ke blog saya ini.

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa Ramadhan dan sama-samalah kita cuba meningkatkan amal ibadah pada bulan yang penuh barakah ini.Insyaallah.

Anak saudara saya, Aisyah namanya... :)

Friday, July 20, 2012

MILO, MILO DAN MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masih lagi bersiaran melalui perihal Milo. Baru-baru ini saya telah mendapat menambah koleksi Milo yang diperolehi daripada pembelian dan juga pemberian orang.

Apa yang seronoknya apabila mendapat koleksi Milo secara pemberian orang secara percuma. Iyalah, apa tak sukanya, barang percuma. Sejak kebelakangan ini, setelah hobi saya terpapar di surat khabar, rakan-rakan sekerja banyak bercerita tentang hobi ini dan sama-sama membantu sama ada memberi barangan Milo mereka secara percuma, ada juga yang mahu menjual apa-apa barangan Milo yang mereka ada.

Terima kasih tidak terhingga kepada mereka-mereka yang sanggup memberikan barangan Milo secara percuma kepada saya. Iyalah, hobi mengumpul ni memerlukan duit yang banyak. Saya ni bukanlah kaya sangat, nak belipun berpada-pada juga.

Seorang rakan telah memberi nasihat kepada saya, sekiranya nak jadi pengumpul, harus jadi penjual juga. Kalau mengumpul saja, banyak duit kena keluarkan. Sebaliknya kalau kita turut menjual, bolehlah kita menampung sedikit apa yang telah kita keluarkan.

Setelah mendapat nasihat daripada rakan tersebut, saya sudah mula menjual barangan saya. Alhamdulillah, sebuah tin Milo lama saya iklankan di Mudah.my telah terjual hanya dalam masa satu hari saja ia diiklankan.

Ok, cukup sudah bercerita tentang koleksi Milo. Jangan lupa layan koleksi terbaru saya ini...

Beg Milo ini diberi percuma oleh seorang rakan sekerja

Bekas makanan Milo ini diperolehi hasil pembelian Milo Nuggets

Tin Milo 100 Tahun Nestle, pastinya akan menjadi memori pada 20 tahun akan datang
Ini pula tin Milo 60-70-an yang berjaya saya jual di Mudah.my. Memang retro habis. Selepas menjual, saya merasa sayang pula.