Wednesday, July 18, 2012
Monday, July 16, 2012
KATA SPONTAN NO. 15 : UBAH DIRI KITA DAHULU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sekarang masyarakat kita sudah banyak perangainya. Menyuruh orang membuat itu, membuat ini. Harus mengubah itu, harus mengubah ini. Tetapi diri sendiri begitu juga, tidak berubah.
Sepatutnya kita mengubah diri kita dulu ke jalan benar sebelum kita nak menyuruh orang berubah mengikut telunjuk kita.
Nabi kita, nabi Muhammad pun ketika hanya bertaraf Nabi, baginda menerima wahyu dan hanya dipraktikan kepada diri sendiri. Setelah menerima kerasulan, barulah baginda menyampaikan kepada pengikut dan sekelian ummah.
Bak kata pepatah Melayu, Kalau Kail Panjang Sejengkal, Jangan Lautan Dalam Hendak Diduga.
MEMPERKENALKAN....
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Walaupun baru sahaja saya berkecimpung dalam arena kumpul mengumpul koleksi Milo, rasanya sudah agak banyak juga koleksi Milo yang saya perolehi. Hari demi hari, saya akan cuba untuk memperbanyakkan koleksi Milo saya. Dan saya juga sedar, saya hanyalah 'orang baru' (newbie) dalam arena mengumpul koleksi Milo ini, ada ramai lagi otai-otai di luar sana yang lebih hebat koleksinya dari apa yang saya ada.
Bukan untuk menunjuk-nunjuk koleksi Milo yang saya ada. Hanya sekadar mahu berkongsi hobi sesama teman sekutu Milo dan teman-teman lain agar kita sama-sama dapat tahu koleksi apa yang kita ada dan apa koleksi yang kita tiada.
Sehubungan dengan ini, saya mula membuka laman blog yang baru khas untuk memaparkan koleksi Milo saya. Sekiranya tiada keberatan, bolehlah kunjungi blog saya yang terbaru ini.
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V
Subscribe to:
Posts (Atom)