Monday, July 16, 2012

KATA SPONTAN NO. 15 : UBAH DIRI KITA DAHULU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekarang masyarakat kita sudah banyak perangainya. Menyuruh orang membuat itu, membuat ini. Harus mengubah itu, harus mengubah ini. Tetapi diri sendiri begitu juga, tidak berubah.

Sepatutnya kita mengubah diri kita dulu ke jalan benar sebelum kita nak menyuruh orang berubah mengikut telunjuk kita.  

Nabi kita, nabi Muhammad pun ketika hanya bertaraf Nabi, baginda menerima wahyu dan hanya dipraktikan kepada diri sendiri. Setelah menerima kerasulan, barulah baginda menyampaikan kepada pengikut dan sekelian ummah.

Bak kata pepatah Melayu, Kalau Kail Panjang Sejengkal, Jangan Lautan Dalam Hendak Diduga.

MEMPERKENALKAN....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Walaupun baru sahaja saya berkecimpung dalam arena kumpul mengumpul koleksi Milo, rasanya sudah agak banyak juga koleksi Milo yang saya perolehi. Hari demi hari, saya akan cuba untuk memperbanyakkan koleksi Milo saya. Dan saya juga sedar, saya hanyalah 'orang baru' (newbie) dalam arena mengumpul koleksi Milo ini, ada ramai lagi otai-otai di luar sana yang lebih hebat koleksinya dari apa yang saya ada.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk koleksi Milo yang saya ada. Hanya sekadar mahu berkongsi hobi sesama teman sekutu Milo dan teman-teman lain agar kita sama-sama dapat tahu koleksi apa yang kita ada dan apa koleksi yang kita tiada.

Sehubungan dengan ini, saya mula membuka laman blog yang baru khas untuk memaparkan koleksi Milo saya. Sekiranya tiada keberatan, bolehlah kunjungi blog saya yang terbaru ini.

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Thursday, July 12, 2012

HAIYAAA... MILO PUNYA CAWAN KOPITIAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada malam semalam saya telah pergi ke rumah seorang kakitangan saya. Erm.. kiranya kawan-kawan jugalah. Saya pergi ke rumah dia kerana dia ada mengatakan dia ada cawan kopitiam Milo. Saya pun apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya pergilah ke rumah dia.

Datang rumah dia, apa lagi, bukan cawan kopitiam Milo yang di tunjukkan dulu. Dia tunjukkan beberapa koleksi peribadi dia. Rupa-rupanya dia ni seorang pengumpul juga. Barang dia pula lagi dahsyat..., bukan murah-murah, mahal-mahal lagi. Daripada koleksi seluar Levi's tahun 80-an hinggalah baju-baju yang berusia puluhan tahun dahulu yang diperbuat dari Amerika yang harganya menjangkau ribuan ringgit, serta koleksi produk rokok Camel.

Selepas menunjukan koleksinya, barulah dia mengeluarkan 3 buah cawan kopitiam Milo. Erm.. Cawan jenis ini memang saya biasa terpandang di dalam internet. Orang yang menjualnya pun mahal-mahal harga diletakknya. Syukurlah saya dapat membelinya dengan harga yang berpatutan.

Apa yang menariknya cawan kopitiam Milo ini ialah bukan sahaja terdapat logo Milo malahan disebelahnya juga terdapat logo Nescafe. Erm.. memang padanlah tu, Milo dan Nescafe memang adik beradik yang emaknya bernama Nestle.

Cakap banyak tak guna, tikam tak kena, layan sajalah gambar cawan kopitiam Milo ini. sayang sekali hanya ada cawannya sahaja, piringnya tiada. Erm.. terpaksalah memburu piringnya pula nanti.

Cawan Milo tiga serangkai

Nampak tu.., siap ada nama Nescafe disebelahnya