Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada malam semalam saya telah pergi ke rumah seorang kakitangan saya. Erm.. kiranya kawan-kawan jugalah. Saya pergi ke rumah dia kerana dia ada mengatakan dia ada cawan kopitiam Milo. Saya pun apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya pergilah ke rumah dia.
Datang rumah dia, apa lagi, bukan cawan kopitiam Milo yang di tunjukkan dulu. Dia tunjukkan beberapa koleksi peribadi dia. Rupa-rupanya dia ni seorang pengumpul juga. Barang dia pula lagi dahsyat..., bukan murah-murah, mahal-mahal lagi. Daripada koleksi seluar Levi's tahun 80-an hinggalah baju-baju yang berusia puluhan tahun dahulu yang diperbuat dari Amerika yang harganya menjangkau ribuan ringgit, serta koleksi produk rokok Camel.
Selepas menunjukan koleksinya, barulah dia mengeluarkan 3 buah cawan kopitiam Milo. Erm.. Cawan jenis ini memang saya biasa terpandang di dalam internet. Orang yang menjualnya pun mahal-mahal harga diletakknya. Syukurlah saya dapat membelinya dengan harga yang berpatutan.
Apa yang menariknya cawan kopitiam Milo ini ialah bukan sahaja terdapat logo Milo malahan disebelahnya juga terdapat logo Nescafe. Erm.. memang padanlah tu, Milo dan Nescafe memang adik beradik yang emaknya bernama Nestle.
Cakap banyak tak guna, tikam tak kena, layan sajalah gambar cawan kopitiam Milo ini. sayang sekali hanya ada cawannya sahaja, piringnya tiada. Erm.. terpaksalah memburu piringnya pula nanti.
|
Cawan Milo tiga serangkai |
|
Nampak tu.., siap ada nama Nescafe disebelahnya |