Thursday, July 12, 2012

HAIYAAA... MILO PUNYA CAWAN KOPITIAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada malam semalam saya telah pergi ke rumah seorang kakitangan saya. Erm.. kiranya kawan-kawan jugalah. Saya pergi ke rumah dia kerana dia ada mengatakan dia ada cawan kopitiam Milo. Saya pun apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya pergilah ke rumah dia.

Datang rumah dia, apa lagi, bukan cawan kopitiam Milo yang di tunjukkan dulu. Dia tunjukkan beberapa koleksi peribadi dia. Rupa-rupanya dia ni seorang pengumpul juga. Barang dia pula lagi dahsyat..., bukan murah-murah, mahal-mahal lagi. Daripada koleksi seluar Levi's tahun 80-an hinggalah baju-baju yang berusia puluhan tahun dahulu yang diperbuat dari Amerika yang harganya menjangkau ribuan ringgit, serta koleksi produk rokok Camel.

Selepas menunjukan koleksinya, barulah dia mengeluarkan 3 buah cawan kopitiam Milo. Erm.. Cawan jenis ini memang saya biasa terpandang di dalam internet. Orang yang menjualnya pun mahal-mahal harga diletakknya. Syukurlah saya dapat membelinya dengan harga yang berpatutan.

Apa yang menariknya cawan kopitiam Milo ini ialah bukan sahaja terdapat logo Milo malahan disebelahnya juga terdapat logo Nescafe. Erm.. memang padanlah tu, Milo dan Nescafe memang adik beradik yang emaknya bernama Nestle.

Cakap banyak tak guna, tikam tak kena, layan sajalah gambar cawan kopitiam Milo ini. sayang sekali hanya ada cawannya sahaja, piringnya tiada. Erm.. terpaksalah memburu piringnya pula nanti.

Cawan Milo tiga serangkai

Nampak tu.., siap ada nama Nescafe disebelahnya

Sunday, July 8, 2012

OH MILO... MASIH ADA YANG INGIN MENYUMBANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini, blog ini banyak memaparkan tentang koleksi Milo saya. Harap bagi mereka yang 'rajin' ke blog ini tidak bosan dengan paparan koleksi Milo yang saya sajikan.

Sekiranya dalam entri yang lepas Pakcik dan Makcik serta abang saya ada menyumbangkan barangan koleksi Milo kepada saya, baru-baru ini saya terima lagi 3 jenis barangan koleksi Milo daripada seorang lagi abang saya. Barangan tersebut berupa 2 buah 'tumbler' dan sebuah gelas.

2 buah 'tumbler' tersebut memang belum saya perolehi manakala gelas, sudah ada dalam koleksi saya. Tidak kiralah sudah ada atau tidak, saya memang akan menyimpannya. Ermm.. Apa kata, layan saja gambar koleksi Milo terbaru saya ini.. :)

Gelas Milo... Bertambahlah rakannya dalam kabinet

Ada tumbler Milo yang serupa, tetapi coraknya berlainan

'Tumbler' yang mempunyai pemegang. Perghh.. Terbaik

Friday, July 6, 2012

MULAKAN PEMANDUAN DENGAN HATI SUCI MURNI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya akui dalam diri saya sendiri bahawa dalam banyak-banyak hal kita boleh bersabar, tetapi tahap kesabaran kita sentiasa akan lenyap apabila kita memandu kenderaan. Iyalah, semasa memandu kita sering disajikan dengan pelbagai gelagat pemandu yang tidak mematuhi peraturan dan mementingkan diri sendiri.

Akibat daripada kurangnya sabar, maka terjadilah kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan sama ada kemalangan kecil mahupun kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Sebenarnya kita mampu... Ya, kita mampu mengubahnya dengan diri kita sendiri. Sebelum kita memulakan pemanduan adalah elok kita mulakan dengan membaca doa menaiki kenderaan, membaca bismillah dan sebagainya. Kemudian, berniatlah dalam hati bahawa kita akan menjadi pemandu yang berhemah. Sucikan hati kita sesuci-sucinya. Kita niatlah agar pemanduan kita selamat. Elakkan melakukan kesalahan lalulintas.

Semasa memandu jangan ada niat mahu cabar mencabar antara satu sama lain. Tidak kiralah pemandu lain salah ke, janji kita tidak mencabarnya. Sekiranya ada kenderaan yang "mencucuk-cucuk" dari belakang, berilah dia laluan. Sekiranya ada kenderaan dipersimpangan mahu memasuki jalan hadapan kita, berilah laluan. Tidak mengapalah... 

Yang penting adalah kita dan pengguna jalan raya yang lain selamat. 

Lihat juga entri-entri saya perihal keselamatan jalan raya :