Monday, July 2, 2012

TERHARU TERIMA SUMBANGAN MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari Ahad yang lalu, bapa dan emak saudara saya (pakcik dan makcik) dari Kolumpo Kuala Lumpur telah datang ke Melaka kerana ada majlis kahwin rakannya. Apa yang agak mengembirakan saya ialah kerana mereka telah menyumbangkan beberapa jenis barangan Milo kepada saya untuk dijadikan sebahagian daripada koleksi saya.

Memang sangat gembira hari itu, sudahlah cerita berkenaan hobi saya terpampang di dalam Metro Ahad pada hari yang sama, digandakan kegembiraan dengan mendapat menambah koleksi barangan Milo.

Nak tau apa yang diberinya? Layan saja gambar di bawah ini :

Beg sandang Milo... Memang terbaiklah.

Botol air Milo. Ini saya sudah ada, tapi tidak mengapa, bertambah lagi rakannya.

Cawan bola Milo. Inipun sudah ada dalam koleksi saya.

Ha.. Ini belum ada. Cawan plastik Milo. Memang cun...
Hai.. Seronok rasa sekiranya hobi dikongsi-kongsi bersama. Memang rasa seronok saya belum habis lagi kerana seorang abang saya dengan rela hati telah memberikan sebuah bekas makanan Milo yang unik kepada saya untuk dijadikan koleksi. Yahoooooo.. Seronoknya tidak terhingga.

Inilah bekas makanan Milo tu... Cantik tak?

Apabila dibuka... jeng.. jeng.. jeng...

Perghh.. Siap ada ruang-ruang isi makanan yang berlainan.. Terbaik.
Terima kasihlah kepada Pakcik dan Makcik serta abang yang memahami hobi saya dan sanggup menyumbangkan barangan Milo kepunyaan mereka untuk saya. Terima kasih banyak-banyak..

Ada tak sesiapa lagi yang mahu menyumbang? :)

Pssst.. Ada sesiapa perasan ruangan ini di Metro Ahad? :)

Tuesday, June 26, 2012

BEG TANGAN MILO LAH PULA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama juga tak mencari-cari barangan Milo disebabkan kesibukan menguruskan anak yang baru lahir. Sebenarnya sebelum kelahiran Ainnur Afiah, saya ada membeli sebuah beg tangan Milo. Bukan beg tangan macam perempuan pakai tu, beg tangan ini maknanya beg kecil yang boleh dililitkan di pergelangan tangan kita di mana ianya sesuai digunakan oleh ahli sukan semasa melakukan aktiviti sukan seperti berjoging dan sebagainya.

Amat sesuailah produk ini dikeluarkan oleh Milo kerana Milo sememang menyokong pertumbuhan sukan di dalam negara kita ini. Tapi rasanya saya tidak menggunakannya, simpan sajalah.. :)

Comel saja beg ini

Ada logo Milo yang mahalnya tu...

Ha! Beginilah cara memakainya