Wednesday, June 20, 2012

DAPAT FERRARI PERCUMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

10 Tahun (2001 - 2012) lamanya kamu mengabdikan diri, bertugas di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan kini kamu meninggalkan kami sekalian. Di harap ini merupakan keputusan terbaik dari kamu dan saya ucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang bakal kamu ceburi.

Selamat tinggal kawan...

Semasa majlis perpisahan

Mungkinkah senyuman terakhir yang dapat dilihat?

Harapnya ini bukan lambaian terakhir...
Personal di atas merupakan rakan sekerja saya yang agak ceria orangnya. Telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya di Unit Pengurusan Sumber Maklumat. Apa yang membuat saya terharu ialah, beliau telah menghadiahkan sebuah Ferrari, eh silap... botol air Ferrari kepada saya sebagai tanda kenang-kenangan.

Beliau memahami hobi dan kegemaran saya yang gemar mengumpul barangan boleh dikumpul (collectable item) lalu beliau menghadiahkan saya botol air Ferrari dari Shell Helix ini.


Comel saja botol airnya :)

Lambang kuda Ferrari... Kudaku lari gagah berani

Hanya dari Shell.. Terbaik
Terima kasih Encik Afzal Effendy Ab. Razak hampir sampai ke rumah kau cari aku untuk berikan hadiah ini. Terima kasih banyak-banyak. Ia akan menjadi salah satu koleksi yang bermakna dalam banyak-banyak koleksi yang ada.

# 23 WORDLESS (SENI UKIRAN MELAYU)

Cuba teka apa ini?

Tuesday, June 19, 2012

TIN MILO 50 TAHUN MERDEKA

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya saya sudah lama perhatikan Tin Milo 50 Tahun Malaysia Merdeka ini. Banyak dijual secara dalam talian tak kiralah dalam blog, Mudah.my mahupun Lelong.com. Harga yang ditawarkan agak tinggi juga sekitar RM 30 hingga ke RM 40.

Pada pendapat saya, tin yang baru berusia kira-kira 5 tahun tidaklah semahal itu, mungkin ada yang akan menjual murah lagi. Saya memang sentiasa memerhatikan pasaran tin Milo tersebut di pasaran dalam talian.

Pada satu hari saya dikenalkan oleh seorang rakan sekerja tentang pasar karat yang terdapat di Jonker Street, Melaka. Ya Allah... Berapa lama saya duduk di Melaka, saya tidak tahu akan kewujudan pasar karat tersebut. Ermm.. Mungkin boleh dimaafkan kerana saya baru saja berkecimpung dalam bidang kumpul mengumpul ini.








Erm.. Beginilah keadaannya pasar karat di Jalan Hang Lekir @ Jonker Street, Melaka. Kepada para pengumpul dari negeri lain bolehlah bertandang ke sini untuk 'memburu' apa yang patut. Ia dibuka pada waktu pagi setiap hari Ahad.

Dan hasil lawatan pertama saya ke pasar karat ini, saya perolehi Tin Milo 50 Tahun Malaysia Merdeka dengan harga RM 12 sahaja. Memang berbaloi. Tapi tiada barang Milo lain yang menarik, kalau ada pun, saya sudah memilikinya.





Akhirnya dapat juga saya tin ini. Erm.. yang bawah ini pula penanda buku Milo yang juga boleh berfungsi sebagai pembaris yang saya dapat dari 'promoter' di pasar raya 'biru'.... :)