Monday, June 18, 2012

MENGUMPUL CAWAN KERTAS EPISOD (3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, sebelum berceloteh saya harap anda bacalah entri yang INI dan yang INI supaya anda tidak pelik dengan hobi mengumpul cawan kertas yang sedang saya lakukan ini.

Baru-baru ini saya pergi lagi ke pasar raya "Biru" untuk memburu cawan kertas. Alhamdulillah, perburuan berhasil dengan dapat memperolehi 8 jenis cawan kertas. Satu kepuasan juga hobi mengumpul cawan kertas ini, iyalah dapat memperoleh cawan kertas yang pelbagai jenama dan corak yang pastinya satu hari nanti akan menjadikan ia satu dari tinggalan memori yang indah.

Saya nak berterima kasih kepada blog Hobby & Collection yang membuka hati dan minat saya untuk berkecimpung dalam arena mengumpul cawan kertas.

Okey.. Tak perlu berceloteh panjang, layan saja koleksi terbaru cawan kertas yang saya perolehi ini...

Burger King, Nesvita, Tumix, Nescafe, Campbell's, Dugro, F&N, Yakult dan Alicafe

Cawan Burger King bukan dapat di pasaraya 'biru'.

Menarik tak?

Sunday, June 17, 2012

SUMPAH! TIADA NIAT UNTUK MEMBUANG ANAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam dua minggu yang lepas, taman tempat tinggal saya ini telah menerima tong sampah yang baru yang disumbangkan oleh syarikat Southen Waste Management. Sebenarnya, bukan untuk taman perumahan tempat saya tinggal sahaja, tetapi semua taman perumahan di Melaka menerimanya.

Tong sampah yang baru ini lebih besar dan beroda berbanding tong sampah berwarna hitam yang biasa digunakan di mana-mana taman perumahan. Semasa menerima tong sampah tersebut, ada juga borang yang perlu diisi dan terdapat syarat-syarat tertentu seperti perlu menggunakan tong sampah tersebut dan bukan lagi tong sampah yang lama, kena denda sekiranya tong sampah tersebut rosak atau hilang dan sebagainya. Namun, sehingga kini saya masih belum menggunakannya.

Apabila tong sampah tersebut masih belum digunakan dan diletakkan di dalam pagar rumah, jadi ianya telah menjadi bahan mainan si Muhammad Fahim. Seperti yang saya  sebutkan di tajuk entri ini, bukan niat saya untuk membuang anak tetapi dia yang pandai-pandai nak main dalam tong sampah. Aduhai anak....

Errmmmm Cak!!

Apa tengok-tengok??

Hai.. Nama saya Muhammad Fahim
(Ps : Perangai Muhammad Fahim semakin menjadi-jadi sejak nak dapat adik baru)

SELAMAT HARI BAPA

Haji Mamat Yasin
Tiada dapat saya ucapkan apa-apa selain berterima kasih kerana membesarkan saya sejak saya kecil lagi. Sesungguhnya abahlah seorang insan yang amat saya sanjungi. Membesarkan 9 orang anak dengan tidak berbelah bahagi. Mungkin dahulu sanggup berpayahan membesarkan kami, begitu besar pengorbanan abah.

Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa, semoga abah dipanjangkan umur dan sihat-sihat selalu.